Saturday 5 March 2016

Wajib Singgah ketika di Kuching


Assalamualaikum semua rakyat jelata,

Hari ini aku rindu sangat suasana di Kuching. Kuching adalah tempat kelahiran aku yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. Selain rindukan family tercinta, aku juga rindukan makanan feveret aku yang tak hilang lagi dari tekak aku sampai sekarang ni..*tssk*.. Sejak aku berkahwin November 2014, aku telah bermastautin di Johor.. ko orang johor la sekarang ni ekkk??haaa.. Selama setahun lebih menjadi isteri, dah 5 kali encik suami bawak aku balik kampung..yeelaa kang muncung lebih susah hati pulak kan..hehe..aku bersyukur sangat..Alhamdulillah

Ok untuk entry kali ni, aku akan listkan makanan feveret aku yang korang wajib singgah ketika bercuti di Kuching, Sarawak. Kamek Sayang Kitak!!

1. Mom's Laksa


Mom's laksa ni adalah sebuah branch restaurant yang menyediakan Laksa terbaik di abad ini. tapi Kalau mak aku buat lagi terbaik la. Ni just option la untuk korang yang nak datang makan laksa sarawak. Terbaik thoqq!! Laksa Sarawak ni rupa macam kari tapi bukan kari. Jutaan jenis rempah digunakan dalam kuah yang menyelerakan tu selain santan segar perah sendiri (haa..ni tipu). Laksa sarawak simple je sebab makan dengan Bee Hoon. Bahan sampingan juga terbaik seperti Isi Ayam, Udang Fresh, Telur Dadar, Tauge, Limau Kasturi, Daun Ketumbar dan Sambal Belacan Merah.
Image from Mr. Google.. Ni haa gambar aku ambik..haihh..aku pulak yang terlebih..slurpp

 

 2. Mee Kolok Mangkuk Merah

 

Mee Kolok ni sangat famous di Kuching. Aku kira sama level la dengan Laksa Sarawak. Tapi rasa totally different. Mee kolok ni bukan pakai mee segera tu taw.. mee dia special homemade dan unique. Tapi aku suggest korang makan Mee Kolok Mangkuk Merah. Kenape Mangkuk Merah? Sebab dia serve guna mangkuk warna merah one set sekali dengan chopstick dan sudu (dulu laa..sekarang pakai sudu biasa je kot). Mee Kolok ni lain sikit dari yang lain sebab dia guna daging masak kicap instead of guna daging rebus biasa. Tapi tu la..klu ramai sangat customer tu korang kena betabah la ye..husband aku pernah tunggu sampai 1jam setengah untuk satu mangkuk mee kolok. tapi masa yang diambil untuk makan cuma 5 saat..perghhh!

Image from Mr. Google.. Haa ni la all time faveret aku.. kuantiti memang sedikit..boleh order banyak kalau nak

3. Mee Kolok Haji Salleh


Haa..ni satu lagi..Kalau korang nak makan mee kolok ori tanpa modified.. ni la tempatnya..aku tak pasti nama bangunan tapi kedai ni berdekatan dengan FlyOver Satok dan Bangunan Wisma Satok.. Tanye je orang berdekatan sure tahu punya..better pergi awal pagi la around pukul 8 kalau taknak tunggu lama sampai nak terbalikkan meja. Harga Mee Kolok sini sentiasa berubah (makin mahal for sure).. Nak rasakan originallity, haa.. tempat ni la the best..

Image from Mr. Google.. Haa.. mee kolok ni dihidangkan sekali dengan sup daging dan sambal pedas kaw kaw

4. Swee Kang Ais Kacang


Nextt.. Kami Sarawakian tak memilih tempat (Pastikan HALAL!)..Kami support each other.. Ais Kacang sini paling terbaik..Aku tak pernah lagi jumpa kat semenanjung kedai ais kacang macam ni. ke aku yang tak move on sampai sekarang? Entah laa.. korang order je ape-ape sure puas hati.. Selain Ais Kacang, Swee Kang juga agak famous dengan Umai Obor-Obor, Char Kuey, Mee Belacan, Sotong Kangkung dan Lok-Lok.. Tempat ni bukak setiap petang.. sesuai sangat untuk hi-tea uolsss.. Btw, kalau musim durian, jangan lupa order Ais Durian.. meleleh wa cakap sama lu beb..*lap ayaq lioq*

Image from Mr.Google.. ABC best!
Image from Mr.Google.. We called this WHITE LADY yoo

Image from Mr.Google.. Umai Obor-Obor terbaik dari ladang.. Krap Krup Krap.. Rangup hokeyy

 

5. Raja Ayam Penyet


Lagi satu makanan yang aku tak leh nak move on adalah Nasi Ayam Penyet ni.. Perfect sangat..!! Korang boleh search Kopi 'O' Corner kerana Raja Ayam Penyet ni terletak betul-betul belakang Kopi 'O' Corner, Satok. Muahaha.. Ampunkan beta Kopi 'O' Corner.. Ulam-ulaman freshh, sambal belacan kick, ayam goreng perfect dengan kriuk-kriuk ori, tempe, tauhu dan nasi putih yang dimasak sempurna..meh aku belanja gambar sikit..tu pun curik dari Mr.Google

Image from Mr. Google. Gambar yang indah ..Perfect!


6. Nasi Ayam Mak Entek


Yess Mak Entek nama diberi..mungkin resepi tradisi atau resepi dulu kala yang dicipta oleh Mak Entek.. Who knows kan?? teeheee.. Tapi seriously, korang takkan menyesal memilih untuk makan nasi unik ini.. Nasi ini terkenal dikalangan pelajar UNIMAS Kota Samarahan iaitu di Restaurant Warung 2000 berhadapan dengan Shopping Mall gah iaitu The Summer Mall.. Tapi tu la..korang kena tabah dan terpaksa makan hati apabila menatap muka pakcik yang menjual Nasi Ayam Mak Entek ini kerana beliau sangat mahal dengan senyuman malahan dia akan menunjukkan muka bengis tatkala kita order terlalu banyak atau kita nak sambal lebih..pergghh banyak cekadak ye awak ni Pakcik..haha..tapi tak pe.. aku sanggup demi sesuap Nasi Ayam Mak Entek ni..Sedap sangat wehhh..

Image from Mr. Google..Nasi Ayam ni sangat pelik jika kita tengok kombinasi dengan baked bean.. tapi ayam dan kelapa kuning tu sangat terbaik..Sambal pun cenggini haa..

7. Ayam Panggang Versi Kuching, Sarawak


Korang.. korang tahu tak yang aku ni peminat setia ayam panggang serta satay organ dalaman ayam yang diperap dengan rempah ratus special dan bewarna merah.. Kalau uollss nak tahu, Sarawak memang champion bab-bab membakar ni haa.. sangat sedap.. Even hubby aku sendiri cakap yang Semenanjung punya ayam bakaq takkan dapat menandingi ayam panggang di Kuching.. Seee..anak kelahiran Semenanjung sendiri buat pengakuan..bukan aku sesaje reka cerita..ape aku dapat kalau aku buat cerita??haaa.. ok baiklah ayam panggang atau satay organ ayam ni xsusah nak jumpa..banyak ja jual kat warong, festival atau kedai tepi jalan.. Tapi aku paling suka yang di jual di Teh Tarik Kafeteria yang berdekatan dengan Bangunan Marzuki. Kecur Air Liur aku tatkala menceritakan tentang makanan feveret aku ni.. Ayam Panggang ni dimasak sangat perfect, perapan cukup, rasa terbaik dan yang paling penting ianya moist.. ayam panggang ni dimakan dengan sambal homemade yang aku pun tak tahu cara nak buat..

Image from Mr. Google..Ni adalah salah satu contoh..ada banyak lagi ye..

Image from Mr. Google.. Yess yang macam satay ni memang dijual dengan harga RM1 sebatang..the best!


Baiklah uolss..ni la antara list wajib singgah sekiranya uolss datang melawat Kuching, Sarawak..banyak lagi sebenarnya tapi aku rasa ni antara yang terbaik..yang lain tu terbaik gak cuma mereka tergolong dalam kategori restaurant laa..bukan kedai biasa macam warong tu.. nanti ada masa aku up sikit untuk korang ye.. Terima Kasih



















No comments:

Post a Comment