Tuesday 31 May 2016

Samyang again with Siblings and Cousin!

Assalamualaikum Peminat makanan Korea sekalian!

Hari ni aku nak share sikit tentang spicy ramen challenge antara adik-adik aku dan juga sepupu-sepupu aku semasa mereka bercuti di Johor sebulan yang lalu.. Since kami ni orang Sarawak, kami sangat jarang makan makanan pedas.. alahh..pedas geli-geli je boleh la..hehe.. Bagi aku, spicy ramen berjenama SAMYANG ni memang sangat pedas..

Actually, susah jugak nak jumpa ramen ni since diyakini halal beberapa bulan yang lalu.. permintaan sangat tinggi dan ada yang mengambil kesempatan ye uolss.. some of them beli spicy ramen ni banyak2 secara borong pastu jual balik dengan harga yang nonsence! siap cas harga postage yang mengarut lagi.. Kalau ikutkan harga kat AEON baru RM22.12 untuk 5 packs.. Jadi sebungkus baru RM4.50.. Tapi mereka2 ni siap jual dengan harga RM12 sebungkus hokeyyyy.. ada yang dah termasuk postage dan ada yang cas postage tambah RM6..pergh perghhh.. tak sanggup aku! Tapi ye la..orang nak beniaga macam ni la selalunya.. tak patut salahkan dorang jugak..

Okay..nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum family aku datang JOHOR, aku dengan gigihnya ajak suami mencari SAMYANG spicy ramen noodle..tapi Hampa!!! Semua dah kehabisan stok sebab dah diborong habis.. kesian kat family aku yang nak sangat makan ramen tu.. Actually masa tu kat Kuching belum ada lagi jual SAMYANG spicy ramen noodle..sekarang tak pasti..teehee

Selepas majlis perkahwinan abang aku selesai, kami semua jalan-jalan area ayer Hitam, Johor.. ala tak jaoh pun sebab kitaorang dari Kluang, Johor.. 15 minit je sampai.. Mungkin rezeki adik-adik aku jgak laa.. Jumpa plak SAMYANG spicy ramen noodle kat ayer hitam.. Harga dah mahal sikit la..tapi takpe..aku beli jgak sebab nak jgak bagi family aku rasa ramen pedas banget tu..yayyy! aku berjaya membeli 3 bungkus besar! Cukup la tu.. sekadar untuk merasa..

Walaupun dua orang adik aku dah balik KL, tapi takpe.. challenge tetap berlangsung seperti biasa..Sebelum dua orang aku tu balik KL, dorang dah makan dah SAMYANG spicy ramen noodle ni.. cuma tak best la tak makan ramai-ramai..

Aku ada ambil video taw tapi nanti aku fikir dulu samada nak upload ke tidak..sebab nak kena potong dulu beberapa part..tunggu ye uolss

Pergh..air ada macam-macam jenis uolss..

Ni la antara muka-muka yang join SAMYANG spicy ramen challenge

Hari bersejarah Konvokesyen yang ke-56 UTM

Assalamualaikun dan Selamat petang semuanya.. Diharap sihat-sihat hendaknyaa..

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T. kerana memberiku rezeki serta umur yang panjang untuk menghabiskan pembelajaranku.. Tanggal 23 April 2016 yang lalu, aku telah meraikan majlis konvokesyen di Univertsiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor..

Pada mulanya aku memang tak terfikir untuk melanjutkan Pelajaran ke level yang lebih tinggi. Namun, atas sokongan moral keluarga, rakan-rakan dan bakal suami pada waktu itu, aku pun decide untuk berhenti mengajar dan fokus kepada pelajaran pula. Setahun setengah aku menyambung pelajaran dalam Master of Science (Information Technology Entrepreneurship) bermula pada September 2014 hingga januari 2016.. Decision untuk menyambung belajar ni bukanlah sesuatu yang mudah ye uolss sebab uolss dah tak dapat dah duit gaji bulan-bulan macam dulu melainkan uolss bekerja under government.. 

Meh aku share gambar-gambar kenangan! hehe.. Thanks Mak Bapak kerana datang majlis konvokesyenku.. Seminggu selepas majlis ni, majlis perkahwinan Abang aku pulak di Kluang, Johor.. 2 kali kot ulang alik Kuching ke Johor.. I love u ketat2.. Thanks to my beloved Hubby and Family sebab sentaiasa berada disisi ketika susah dan senang..

Happy..Happy..

Laaa..hujan pulak dahhh..baru nak posing

I LOVE YOU ALLL

Yerr.. Mak pun nak jugak!

Kamarul & Nurdiyana Big Day

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Lama sangat rasanya aku tak hapdate blog ni kan?? Sebab aku takde masa yang terluang plus aku agak sibuk akhir-akhir ini.. Tak lama lagi kita nak sambut kedatangan bulan mulia iaitu Bulan Ramadhan.. Semua dah habis ganti puasa ke?? Bagi yang masih berusaha mengganti puasa macam aku ni.. semoga semuanya berjalan lancar la ye.. *terok naw aku baru nak ganti puasa..hewhew*

Tanggal 30.4.2016 (Akad nikah + persandingan di sebelah pihak perempuan) dan 15.5.2016 (Majlis persandingan dan doa selamat di pihak lelaki) yang lepas, berlangsungnya majlis perkahwinan satu-satunya Abang aku dengan pilihan hati.. Kakak ipar aku ni muda 2 tahun jgak la compare dengan umor aku sekarang..hehe..takpe aku tetap nak panggil dia kakak jugak.. Untuk yang baru mengenali diri ini, Abang aku adalah owner kepada D.O.H. Mawaddah cake house.. Dia jugak la yang buat kek, hias kek dan menjalankan bisnes serta dibantu oleh 6 orang pekerja,,

Boleh add D.O.H. Mawaddah di sini.. D.O.H (Drops Of Heaven) Mawaddah

Kakak ipar aku ni orang kelahiran Kluang, Johor..Yaaa..memang jaoh Kuching & Kluang ni.. tapi kalau naik kapal terbang satu jam je broo..takde la jaoh mana..sekarang semua tempat jadi dekat dengan adanya AIRASIA..eh?? ni bukan iklan berbayar ye..free of cas jeww uolss.. 

Alhamdulillah seramai 30 orang family aku datang untuk memeriahkan majlis di johor ni.. Tak seramai majlis aku dulu sebab sekarang bukan musim cuti sekolah..yang still ada anak kecil tu memang tak dapat datang la..mampu menatap gambar kat watsapp je jawabnya..meh aku belanja gambar kitorang..

MAJLIS DI KLUANG, JOHOR

Reramai bergambo sebelum bergerak ke majlis akad

Abang with beloved parent


Hahahaha..abang oh abang

Dapat jugak pujok nenek pegi JOHOR walaupun terpaksa ber"wheelchair"

Hamsen's Family

Terima kasih kepada semua yang hadir!


MAJLIS DI KUCHING, SARAWAK


Guestbook prepared by ME!

Pelamin yang tersergam Indah

Preparation untuk doorgift

Hamsen's Family dan bakal ahli keluarga

Wedding kek prepared by Pengantin Lelaki!! TAJ MAHAL ye uolss

Nenek-nenekku Gojes

wiwitt!! maaf tower dah hilang sebab cuaca yang terlalu panas..muahahaha