Wednesday 2 March 2016

Jubah pertamaku di Bella Ammara

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat readers dan viewers sekalian..

Hari ni aku terdetik pulak nak buat sedikit review tentang Jubah mewah dimata aku ni..Ntah dah berapa tahun aku dengar tentang butik Bella Ammara dan jubah/telekung yang mereka keluarkan sangat laku dan laris bak pisang goreng makcik kiah depan lorong rumah aku ni. eh?? hyperbola sangat.. Bella Ammara satu nama besar bagi pencinta jubah labuh yang cantik, berkualiti tinggi, berpatutan bagi yang berkemampuan dan alah membeli menang memakai.

Hujung minggu ni aku nak attend wedding kawan iols dan hubby iolss sejak di universiti lagi..habis ja konvo tahun 2012 terus tak jumpa dah.. tup tup depa nak kahwin dah weekend ni.. InshaAllah tu la jodoh depa dari dulu sampai ke Jannah nanti..Tahniah diucapkan. Nanti kami mai naa.. baiklah disebabkan berat badan aku naik mendadak lepas kahwin ni, aku segan pulak nak pakai baju yang sedia ada dalam gerobok tu haa.. jadi aku decide nak carik baju loose sikit supaya aku selesa dan orang pun selesa memandang.. takde la macam nangka kena bungkuih..muahahaha..

Jadi, lepas aku balik dari Festival Layang-layang Pasir Gudang tempoh hari, aku ajak la hubby tercinta pergi Bandar Baru Uda (BBU), Johor untuk carik jubah yang selesa.. BBU ni ala-ala Seksyen 7 Shah Alam tu haa.. atas bawah berderet butik..banyak pilihan dan jenuh gak kaki ni berjalan. Hurmm..Aku ada jugak usha baju cantik-cantik kat Festival Layang-Layang haritu tapi kan takde sediakan fitting room..kang menyesal plak beli tapi xmuat (memang menyesal pun sebab TERBELI blouse 2 for RM50 tapi bila try kat rumah..hampehh muat tang pergelangan tangan ja..haha)..korang ingat murah ke jubah yang dijual kat festival tu?? seratus lebih gak uuu.. taknak la iols putih mata



Image from Mr. Google..


Ntah berapa banyak butik aku keluar masuk masa di BBU tu..ada yang murah, tapi design cam  tak sesuai dengan size aku.. ada yang harga berpatutan tapi warna yang aku nak takda pulak dan macam-macam la yang terjadi.. Aku lalu je butik Bella Ammara 5-6 kali.. Tak nak masuk sebab awal tahun aritu aku masuk tapi tinggal dua helai baju ja..bayangkan butik punya la mewah tapi baju tinggal dua helai.. Pekerja kat butik tu pun tersipu-sipu memandang iolss yang tengah tergamam..so, aku memang taknak masuk dah lepas ni.

At last, sebab kesiankan suami iols yang gigih menunggu dalam kereta (aku ingat 15 minit je g beli..xsangka pulak limabelas jam..), aku pun decide la untuk masuk butik Bella Ammara. Jejak je kaki, aku terus dilayan oleh pekerja yang manis dengan senyuman. Dan yang lebih mengejutkan banyak sangat pilihan jubah yang tergantung mintak dibelai. Macam tak cukup oksigen aku bernafas waktu tu. So, aku ambik seberapa banyak design untuk aku cuba. Siap tanya pendapat pekerja Bella Ammara lagi taw.. Sangat sporting dorang nih.. So, lepas puas hati, aku pun pilih la satu jubah dan satu shawl dan terus bayar di kaunter tanpa berfikir dua tiga kali. Kualiti kain Jubah-Jubah di Bella Ammara ni tiptop wa cakap sama lu. Lepas ni nak beli lagi.. kita menabung dulu. Jangan lupa, membeli tu biarlah ukur baju di badan sendiri. Jangan melebih-lebih sangat.. *Nasihat untuk diri sendiri dan semua*

Image from Mr. Google.. Ni la design yang aku pilih..tak taw ada design latest..aku pilih ikut suka ja..


Untuk pengetahuan uolss, aku jarang sangat beli baju siap kat butik2.. Sebab aku lebih suka beli kain, design sendiri dan hantar pada tailor feveret aku di Kuching..Tapi, bila aku masuk Bella Ammara ni, aku rasa macam mahal sangat tempah baju kat tailor. Dengan harga kain, upah, manik lagi.. Kalau ada lining memang double price la jawabnya.. So, aku simpulkan bahawa baju siap ni jauh lebih MURAH.. kena pandai pilih la..perempuan kan memang ada kelebihan memilih ni.

Baiklah..Sampai berjumpa lagi di entry akan datang.. Thank you

No comments:

Post a Comment