Wednesday 9 March 2016

FARMASI make-up HALAL

Assalamualaikum readers kesayangan puanmaster sekalian,

Hari ni aku nak buat sedikit review berkenaan dengan alat kosmetik yang menjadi kegemaran aku sejak dua menjak ini kerana ianya dijamin HALAL, produk dari ISTANBUL dan diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)..teeheee..Mungkin uollsss pun dah selalu sangat dengar brand alat solek ni..meh aku promote lagi sikit.. FARMASI (FCC) tu haaa.. kenal ke tidokkk??hehe..  



Image from Mr. Google.. Ni la antara logo official untuk kosmetik Farmasi ni..


Secara jujurmya aku pun baru terjebak dengan alat solek FCC ini sejak dua bulan yang lalu.. Adik aku la yang promote sebab adik aku cakap compact powder keluaran FCC ni sangat light dan elok untuk kulit sensitif so far..haha..aku pun ape lagi..nak jgak lerrr try test cuba..Tapi aku just nak remind awal yang FCC ni susah sikit nak dijumpai di area JOHOR BAHRU..ianya tidak la mudah seperti jenama kosmetik yang lain..aku pun tak tahu kenape..aku selalu beli FCC ni dekat PARKSON area Kuala Lumpur ataupun melalui Instagram (FCC Authorized Retail Partner)..

Aku sebenarnya memang sangat alah dengan alat solek atau apa-apa pun alat kosmetik sebab kulit muka aku ni sangat sentitif yang terlalu sensitif sampai boleh membiakkan jerawat macam-macam size (penuh satu muka tahu!! Merah-merah pulak tu..hishh)..malu sangat kalau jerawat terlalu banyak..belum termasuk bekas jerawat lama yang hitam lagi..so, aku decide biar la aku tak pakai ape-ape pun kat muka bambam ni haa..ala-ala "naked face" tu laa..lantak la kusam pun kusam la..janji takde jerawat..hehe..

Lama-kelamaan, terdetik secebis kesedaran dalam diri ini supaya mencantikkan diri untuk suami tercinta (dah setahun lebih berkahwin baru tersedar kau!!hhaaha).. takyah nak makeup over sangat.. at least pakai la lipstick, eyeliner dan powder kat muka..nampak la sikit serinya tu..hurm..even suami aku jenis yang tak kisah, tapi aku still la kena jaga jugak..kann?? jangan la sudah terhantuk baru nak terngadah...uhukkkk..So, aku try la beberapa basic make-up keluaran FCC ni sekadar ingin mencuba..

So, sekarang ni aku dah try beberapa alat solek keluaran FCC antaranya ialah High Performance Foundation, Compact Powder, Matte Lipstick, EyeLiner, EyeShadow dan juga Mascara.. Agak complete la aku rasa (blusher dengan lipliner tu perlu ke??)..aku beli sikit-sikit so tak la terasa sangat..

Image from Mr. Google.. ni antara produk FCC yang tengah HOT sekarang nih

Ok berkenaan dengan harga pulak, korang jangan takut..aku ni bukan jenis high maintenance sampaikan sanggup melabur jutaan ringgit kat alat kosmetik ni haa.. aku ni kategori "Miskin Bandar" sejak ekonomi negara Malaysia ni menjunam jatuh hampir berkecai..lagipun aku surirumah tegar..yeahh!! so, aku akan beli something yang affordable sesuai dengan duit poket aku..Jadi, aku just nak bagitahu yang FCC punya price up sikit daripada SILKYGIRL.. tu jaa..ok la tu kan??

Normally, aku akan pakai complete semua alat makeup ni kalau aku kena attend ape-ape majlis/event je,tapi kalau sekadar nak keluar dating dengan Hubby, pergi rumah mertua atau pergi pasar basah tu aku selesa pakai gincu, eyeliner dan compact powder je..kadang-kadang kalau dah susah sangat iolss tepek je compact powder tu.. 2 saat je tahu!hehe..simple yet nice!

Image from Mr. Google.. Aku paling in love dengan yang ni haa..sangat light dan terbaikkk! pakai sedikit je cukup..

Ok semua..sampai di sini saja review kali ini.. cuba jangan tak cuba tawww..nanti uolss bagi la feedback sikit kalau dah guna FCC nih.. setakat ni aku tak jumpa lagi review yang negative..hehe..Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment