Friday 4 March 2016

Fitflop Dulu dan Selamanya

Assalamualaikum dan Alloohaaa

Hari ni puanmaster nak review sikit tentang kasut feveret yang sangat berbaloi..Alah membeli menang memakai..haaa kau..hee

Aku ni bukan la orang yang berpangkat tinggi mahupun anak datok ataupun isteri kepada Orang terkaya di Malaysia. Aku cuma la seorang wanita yang kerdil yang tidak pernah putus membuat salah yang sukakan keselesaan.. eh? baiklah aku cuma seorang isteri kepada seorang jurutera sistem yang hensem lagi sado di mata aku. Aku tengah menanam anggur kerana baru sebulan menghabiskan pelajaran di UTM Johor. Actually, aku ni seorang yang suka observe and review.. Saiko x?? hahahaha.. yess.. itu la aku.. so hari ni aku nak review tentang Comfort Shoe bejenama FITFLOP..

Image from Mr. Google.. Logo official FITFLOP


Dulu waktu baru habis belajar pada tahun 2012, aku berkenan tahap gaban dengan kasut fitflop ni sebab selalu nampak orang pakai dah ianya nampak nice di mata aku.. aku pun usha la berpuluh-puluh buah shopping complex dan akhirnya aku jumpa kasut ni di salah sebuah shopping mall di Kuching.. Baru la aku tahu yang kasut tu diberi tajuk FITFLOP (tajuk pun boleyyy).. Aku  tak berniat la nak tengok harga sebab aku rasa aku mampu.. aku baru dapat gaji pertamaku sebagai tutor. Aku pun try la kasut tu kat kakiku yang montel ini.. Perghhhh terus in love sangat..sesuai sangat dengan kaki iolss..macam xnak bukak je dan rasa nak terus g bayar kat kaunter. Tapi aku buat rilex dulu..Ambik nafas sebanyak mungkin sebab aku nak pilih design ni..banyak giler design cantik..kalau dah suka semuanya cantik kan?? ape daaa.. ok, aku pun dengan rasa gembira membelek kasut itu dan melihat harganya...

ARRRRRRGGGGGGGHHHHHHHH!!!!

Ko dah kenape mahal sangat macam ni..terus aku campak kasut kuajaq itu di tempat asalnya..terketar lutut aku tanpa henti time tu..tunggu masa nak tertanggal je.. uollsss bayangkan la harga kasut tu RM399.. Gile ape! aku tak pernah beli kasut lebih RM50 taw.. air mata aku hampir terkeluar dek kasut yang ajet-ajet mahal itu..duhhhh

Aku pun google la tentang kasut fitflop ini sambil merintih kesedihan.. Owhh rupa-rupanya FITFLOP ni kasut berkualiti tinggi..Diperbuat daripada Leather dan tapaknya pula bukan calang-calang sebab diperbuat daripada getah berkualiti yang boleh support tulang belakang..Pergh terbaikk ngat!

Aku redha kerana aku tak mampu membeli dan aku tetap menyimpan azam untuk memiliki kasut fitflop itu suatu hari nanti.. Chaiyokkk!! Disebabkan aku tak boleh nak move on, aku pun decide nak beli FITFLOP tu jgak.. apa kau rasee?? memang tak la aku beli yang ORI.. CIPLAK punya pun boleh..asalkan ada tajuk FITFLOP! Jimat banyak hokeyyy..hahahaha

Image from Google.. Ni la design FITFLOP CIPLAK yang pernah jadi milik aku suatu ketika dahulu


Tak sampai seminggu aku dah tak nak pakai FITFLOP CIPLAK tu sebab bau selipar tu dah macam kasut yang basah tak pernah kering selama seribu seratus lima puluh hari.. Bau stong quite strong!!huhh.. aku rasa membazir sangat..sebab bukan leather ori, jadi setiap kali selipar tu terkena lopak air lepas hujan, dia akan basah dan lama-lama jadi busuk yang amat..so tersadai la kasut tu dan ia digunakan untuk pergi Pasar Niaga Satok je pastu.

Setahun kemudian, selepas aku bertungkus lumus bekerja sambil berniaga kecil-kecilan, aku nekad untuk memiliki sepasang kasut FITFLOP. Aku bangga dengan diri aku sendiri sebab berjaya membeli kasut FITFLOP ORI. teeheee.. kalau tak silap aku beli FITFLOP ORI tu kat Metrojaya City One, Kuching. Selepas je membayar kat kaunter, aku terkejut kerana diberi voucher pembelian sebanyak RM120. Kira discount la ni..Alhamdulillah

Image from Mr. Google.. Ni pulak First FITFLOP ORI yang aku beli guna duit titik peluh


Tahun ni genap 4 tahun kasut ini berbakti kepadaku.. aku tak pernah beli kasut lagi selepas memiliki FITFLOP ini. Aku ke pasar, pantai, kenduri, dinner, kerja dan kemana sahaja dengan kasut FITFLOP. Sekarang, Kasut FITFLOP aku ni seperti Hidup segan, Mati Tak Mahu.. Wateverrr..Janji aku selesa dan ianya masih elok.

Alhamdulillah, sempena aku telah menghabiskan sesi pembelajaranku dengan jayanya sebulan yang lalu, Suami tercinta telah menghadiahkan sepasang kasut FITFLOP yang baru untuk aku.. aku terharu dan sangat berterima kasih kepada EncikEngineer.. hehe.. macam tak percaya..

Image from Mr. Google.. Yang ni FITFLOP hadiah daripada EncikEngineer tapi warna HITAM iolss punya

Ok semua..sampai disini saja penulisanku kali ini.. Salam Perkenalan..





No comments:

Post a Comment