Monday 11 April 2016

SAMYANG Super Hot Spicy Ramen Challenge!

Assalamualaikum buat semua pembaca blog PuanMaster sekalian,

Korang pernah dengar tak tentang Ramen terpedas yang dikeluarkan oleh company KOREA?? Mesti biasa sangat kan tengok video challenge kat Facebook, Instagram mahupun bersepah di Youtube.. Tipu sangat la kalau korang tak tergoda dan eager nak taste ramen tersebut.. Aku antara yang tergoda taw! kau jangan.. aku hari-hari teringin sangat nak makan ramen tersebut.. Tetapi aku tak tahu nak carik kat mana.. aku pernah carik kat TESCO & GIANT tapi menghampakan..semua cakap dah takde stock.. Perghh memang laku macam pisang goreng kot..

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas masa aku dan suami membeli barang dapur di AEON @ JUSCO Taman Universiti, Skudai.. Aku memang aim nak carik kat situ.. Sebab AEON kan banyak jual makanan import.. Mungkin rezeki aku la hari tu, so aku pun jumpa la SAMYANG Hot Chicken Ramen Noodle.. Niat di hati nak beli yang cup punya.. tak tak haddooo.. aku pun ambil la yang pack punya.. ada 5 packs kecik-kecik dalam tu.. Ok la daripada takde.. Sebelum itu, aku siap cek tanda halal dan bahan-bahan.. Tanpa rasa ragu-ragu, aku pun dengan yakinnya membeli dengan persetujuan Suami tercinta.. YAYYY! akhirnya pencarian telah berakhir..

Ni la rupa packaging Ramen KOREA ni

REVIEW:

Pada aku, Ramen ni teramat pedas! Mata dan hidung aku berair kot.. bibir bengkak sesangat.. Lidah rasa nak terbakar! Sapa yang cakap tak pedas langsung tu aku yakin dia salah beli.. sebab ada yang terbeli yang biasa punya..pedas geli-geli je..packaging hampir sama..hehe..Suami aku ni tekak macam orang Negeri Sembilan..tapi..Siap kipas mulut guna tangan sebab kepedasan teramat sangat even acah2 muka cool..hahahaha.. TAPI.. Ramen Korea ni takde la sedap mana.. Pedas memang Pedas tapi rasanya tak sesedap Mi Segera keluaran Malaysia..Hahaha

Keropok ni boleh tolong korang hilangkan rasa pedas

Fresh milk ni better daripada air suam kalau tengah kepedasan melampau

Ni sebelum kita kasi gaul-gaul

Haa..nampak tak merah perencah dia tu.. atas tu garnish dia..seaweed dan sesame seeds

Sejak dua menjak ni, ramai pulak yang post tentang keHALALan Ramen Korea ni haa kat Facebook.. Ramai sangat yang ragu-ragu.. Kepada yang ragu-ragu tu better korang jangan makan ye..Terima kasih jugak kerana saling mengingati.. Selama ni, aku beli apa-apa makanan mesti nak tengok logo HALAL.. yang tu wajib bagi aku.. Sama juga macam kes Ramen ni haa..  Bila dah ada logo halal, InshaAllah makanan itu HALAL..  Kalau kita keep rasa ragu-ragu even dah terang-terang ada tanda halal ni, memang sampai ke sudah kita tak berkembang (kembang??Uhukk)..  Kalau la aku ni jenis yang ragu-ragu semua hal, banyak benda yang aku persoalkan.. Contohnya,

BETUL KE MAKANAN NI HALAL (dah terang-terang ada cop halal official)?? AKU TAK CAYE LA..

PEKAKAS YANG DORANG GUNA BUAT BENDA NI BERSIH KE?

PASTI KE TAKDE BENDA HARAM DALAM CAMPURAN MAKANAN NI?

KAU YAKIN SANGAT KE SEMUA BRAND KELUARAN MALAYSIA NI HALAL WEY?

AYAM BRAND, NESTLE, ADABI, MAGGI.. SEMUA TU BETUL HALAL KE DORANG TIPU JE? 

Haa..kalau aku jenis ragu-ragu aku pasti akan persoalkan semuanya.. So, pada aku, bila dah ada logo HALAL tu memang betul-betul bersih la tu.. HALAL ni bukan sekadar menunjukkan makanan tu takde bahan HARAM tapi  ia turut membuktikan yang makanan itu bersih..  Keep Think Positive ye uolss.. Jangan pulak yang takde langsung logo halal korang nak tibai jugak.. Itu memang salah!

Sekian saja penulisan aku kali ini.. Yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T.. dan yang buruk itu datang daripada kekhilafan diri kita sendiri.. #jangankecamsaya















Friday 8 April 2016

[Resepi] Cucur Bebola Ayam

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian,

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat menarik dan mudah sekali ya dong! (So far, semua resepi yang aku share tu mudah dan simple aja) Hehe.. Resepi ni Mak Mertua aku yang ajar taw (buat jemput-jemput guna air panas, yang lain aku create ikut tekak sendiri).. Sebelum aku dan suami pindah ke rumah sendiri, rasanya ada la dalam 1 bulan aku stay kat rumah Family in law.. So, moment-moment tu la aku guna untuk belajar memasak daripada Ibu.. Aku memang seorang yang takkan lepaskan peluang.. lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan memasak..teehee.. 

Bahan-Bahan:

4 gelas tepung gandum
5 batang sosej (dipotong kecil)
5 keping chicken ham (dipotong kecil)
200g isi ayam (dipotong dadu)
2 biji bawang bombay (dipotong dadu)
3 biji cili padi (dihiris halus)
Daun Bawang dan Carrot (Sukatan ikut suka ye..pastu korang cincang/parut halus)
Air panas secukupnya..jangan terlalu banyak..sebab nak buat macam doh
Garam & Gula secukupnya (Kalau masukkan kiub ayam, tak payah garam ye)

1. Campurkan semua bahan (kecuali air panas) ke dalam bekas stainless steel dan gaul sebati.. Kenapa satinless stell?? Sebab nanti kita nak tuang air panas ye uolss..elakkan guna bekas plastik..
2. Dah agak-agak sebati, korang masukkkan air panas sedikit demi sedikit hingga menjadi ala-ala doh gitu
3. Lepastu, biarkan adunan sejuk dalam keadaan rehat dalam masa 15 minit
4. Lumurkan tangan dengan minyak zaitun dan mula la sesi menggulung cucur bulat-bulat
5. Panaskan minyak masak terlebih dahulu sebelum mula menggoreng.. Guna api perlahan sahaja.. Cucur ni takkan serap minyak sebab tepungnya dah masak sebab kita guna air panas untuk membancuh tadi kan.. Guna api sedehana/kecil sebab kita nak isi ayam, sosej, chicken ham masak dengan sempurna..
6. Bila cucur dah agak kekuningan, boleh la diangkat dan toskan terlebih dahulu..
7. Siap! Selamat mencuba
Ni la hasilnya nanti uolss
Aku campur je semua benda yang berunsurkan ayam..nak clearkan freezer sebenorrrnyee..nak topup yang fresh plak pasni..

nak lebih carrot pun boleh..no hal..

Kita mix-mix kan diaaa

aku tambah ground blackpepper dengan serbuk paprika sikit

Korang gaul-gaul dulu macam ni sebelum masukkan air panas ye

Haa..ni la rupa lepas dah dimandikan dengan air panas!..jangan terlebih air panas..Kalau terlajak tu tambah je tepung..

pastu buat bulat-bulat macam ni..jangan besar sangat..
Make sure minyak panas ye sebelum menggoreng..api perlahan je..

see..dah agak golden macam ni siap la tu..jangan hangus pulak ye..

ni aku test dulu sebelum jamu kat suami petang nanti..muahahaha














Wednesday 6 April 2016

[Resepi] Cucur Ikan Bilis

Assalamualaikum readers semua..

Aku nak share lagi satu resepi minum petang yang semua orang pandai buat..tapi resepi aku kali ni mungkin tak sama dengan uolss punya.. cucur bilis aku ni rangup diluar dan lembut sangat didalam..hehe.. agak gebu la uolss.. Kalau tak caye korang boleh try.. aku tak paksa ye..

Nampak biasa tapi luar biasa taw..hehe

Bahan-Bahan (2 orang makan):


500g Tepung naik sendiri BlueKey
3/4 cawan tepung beras
2 biji bawang bombay dipotong dadu
Satu genggam daun bawang yang dihiris halus
3 biji cili padi dihiris halus
Segenggam atau lebih Ikan bilis yang siap disiang
Satu sudu makan gula
Garam sedikit sahaja sebab ikan bilis dah masin
Minyak untuk menggoreng
Air masak secukupnya (Jangan cair sangat uolss)

1. Campurkan semua bahan diatas dan gaul hingga sebati
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Goreng sedikit demi sedikit (Aku guna sudu makan untuk ambil adunan yang siap dibancuh)
4. Siap! makan dengan sos cili ataupun sos homemade..

[Resepi] Sup Sayur Bebola Ayam

Assalamualaikum semua..

Hari ini aku share resepi ringkas jugak..sesuai untuk makan tatkala korang tengah malas masak ke, tengah hujung bulan ke ataupun ni menu sesuai sangat untuk diet uolsss.. Biar la orang nak cakap kau xmampu makan memahal ke ape ke..janji korang semua sihat..hehe

Kalau aku masak sup ni, encik suami makan bertambah taw..sebab sihat..yayyy!!

Sup ni boleh dimakan macam tu je cicah sambal kicap pedas, ataupun makan dengan kueh tiaw, bihun, mahupun nasi putih.. terangkat sangat!

Bahan-Bahan (2 orang makan):


1 bungkus bebola ayam (Aku prefer bebola ayamas - kalau yang ni pakai 1/2 je taw)
Olive oil untuk menumis
1 biji bawang bombay (hiris halus)
3 biji bawang merah kecil (hiris halus)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 biji cili padi (hiris halus)
2 inci Halia (dihiris nipis)
Sayur-sayuran ikut suka (Aku prefer Carrot, Sawi, Bayam, Tomato, Broccoli, Bunga Kobis)
Soo Hoon segenggam

1. Tumis semua bawang,halia dan cili padi hingga agak garing
2. Masukkan bebola ayam hingga kekuningan
3. Masukkan air secukupnya
4. Selepas air mendidih, masukkan carrot ke kentang kasi empuk  dulu
5. Masukkan soo hoon + telur (telur tu kalau boleh jangan kacau..untuk elakkan sup korang nampak messy)
6. Last sekali campurkan semua sayur-sayuran + gula &garam secukup rasa
7. Siap untuk dihidang!