Wednesday 2 March 2016

Hijrah Pertamaku dengan Bawal Exclusive

Assalamualaikum para pembaca PuanMaster sekalian.

Hari ini tanggal 2nd March 2016. Genap enam tahun aku diberi hidayah olehNya untuk mula memakai hijab. Yaa.. sekarang aku berusia 26 tahun dan 20 tahun aku hidup dengan menayangkan mahkotaku dikhalayak ramai. Bukan salah Apai Indai aku, tetapi kerana diri aku sendiri yang tidak pernah terfikir untuk menutup aurat.. hurmm.. Aku memakai hijab hanya di sekolah, pusat tuisyen dan di dalam kuliah sahaja. On Off la senang cakap..

Alhamdulillah syukur kerana aku masih diberi peluang untuk hidup dan menutup auratku dimana aku dapat merasakan kedua ibu bapa aku melompat-melompat kegembiraan melantun-lantun melihat perubahan yang positif ini. Terima kasih jugak kepada orang-orang disekelilingku yang banyak menyedarkan aku tentang aurat. *tssk* Baiklah, panjang sangat mukaddimah ni.

Aku telah mengenali Bawal Exclusive ini pada tahun 2011 ketika aku menjalankan Latihan Industri (LI) di Cyberjaya. Aku memilih untuk menjalankan LI ni jauh dari Bumi Kenyalang Tanah Tumpahnya Darahku kerana aku ingin mencabar diri dan yang paling penting aku ingin berdikari. Alaaa..setakat naik flight 1jam 45minit apa la sangat kan? *acah-acah tabah tapi sebenarnya..* haha.. ok berbalik kepada Bawal Exclusive yang tengah letup-letup sekarang ni, first time aku terjumpa kedai Bawal Exclusive ini ketika aku dan rakan-rakan berjimba-jimba di bandaraya Kuala Lumpur pada hujung minggu. Ye lahh kalau xpergi JALAN TAR memang xsah. "Syurga Wanita" la katakan.

First time jejak kaki di JALAN TAR memang tersembol bijik mata iolss taw..murah dan sangat banyak tudung, baju dan macam-macam lagi. Tengah mata melilau melihat telekung, kain, tudung, bangla..ehhh??haha aku terpaku melihat cahaya bergemerlapan dan shine bright like a diamond nun jauh dibelakang. Apa lagi, cepat je kaki ni melangkah dan akhirnya aku jumpa kedai tudung bawal yang diberi nama Bawal Exclusive. Exclusive sangat uolss dengan batu swarovski liplap liplap dan kain bawal Jepun yang sangat high quality.

Image from Mr.Google. Ikan bawal jadi logo rasmi Bawal Exclusive

Perghhh harga sangat mahal hokayyy.. dan aku TAK terkejut even sesaat pun sebab aku tahu tudung tu berkualiti tinggi. Eh?? korang ingat orang duduk atas pokok dan naik sampan ni tak pandai menilai kualiti kee??haihhh sorry emo plak siang-siang ni..Disebabkan aku cuma pelajar praktikal yang hanya mendapat elaun RM500 sebulan, aku tanya la kat akak yang jaga tudung-tudung tu..

"Kak kak kak, memang harga semua macam ni ke kak??" tanpa rasa bersalah aku bertanya.

Sambil senyum tergisin-gisin (tersengih-sengih) akak tu pun membalas "eh tak la dik..yang ni mahal sebab design dan kuantiti batu swarovski banyak..kalau adik nak, meh sini akak tunjuk yang simple punye.."

aku pun ikutla akak tadi dengan tabah ke bahagian hadapan.

"ok dik.. ni haa bawal yang murah tapi kualiti sama macam yang mahal tu..bezanya cuma batu swarovski ni ada 60 ketui ja.. Harga cuma RM35 tapi akak boleh bagi RM30 sehelai..adik boleh pilih nak yang manik susun tepi atau bertaburan bak pasir ditepi pantai.. (ok part ni aku tambah..hehe)".. Untuk pengetahuan uolss, takde dah harga macam ni sekarang nih.. Sekarang dah dekat RM50 sehelai untuk yang basic je.. GST la penyebabnya..uhukk

Aku pun terpegun dan membalas dengan semangatnya "wahhh akak..walaupun tudung saya pakai sekarang ni cuma RM5 tapi saya berkenan sangat la dengan tudung Bawal Exclusive ni.. xpe..saya try dua helai dulu"


Image from Mr.Google.. ni la contoh tudung yang berharga RM35 dulu. Tapi sekarang dah naik harga taw..

Aku gembira sangat sebab tudung Bawal Exclusive yang aku beli pada tahun 2011 dulu masih elok macam baru dan batu swarovski tu tak pernah tertanggal sampai la ni..Sekarang ni aku ada lebih 20 helai koleksi Bawal Exclusive. Tapi aku xde la beli yang harga ribu riban..aku beli yang harga mampu milik jaa.

Ok begitu laa cerita hijrah pertamaku bersama Bawal Exclusive.

Sekarang ni senang je nak dapatkan Bawal Exclusive ni sebab dia ada agent bertauliah sendiri. Kalau nak info lebih boleh la tinggalkan komen kalian kat bawah ni haa.. Terima Kasih.












No comments:

Post a Comment