Wednesday 6 April 2016

[Resepi] Cucur Ikan Bilis

Assalamualaikum readers semua..

Aku nak share lagi satu resepi minum petang yang semua orang pandai buat..tapi resepi aku kali ni mungkin tak sama dengan uolss punya.. cucur bilis aku ni rangup diluar dan lembut sangat didalam..hehe.. agak gebu la uolss.. Kalau tak caye korang boleh try.. aku tak paksa ye..

Nampak biasa tapi luar biasa taw..hehe

Bahan-Bahan (2 orang makan):


500g Tepung naik sendiri BlueKey
3/4 cawan tepung beras
2 biji bawang bombay dipotong dadu
Satu genggam daun bawang yang dihiris halus
3 biji cili padi dihiris halus
Segenggam atau lebih Ikan bilis yang siap disiang
Satu sudu makan gula
Garam sedikit sahaja sebab ikan bilis dah masin
Minyak untuk menggoreng
Air masak secukupnya (Jangan cair sangat uolss)

1. Campurkan semua bahan diatas dan gaul hingga sebati
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Goreng sedikit demi sedikit (Aku guna sudu makan untuk ambil adunan yang siap dibancuh)
4. Siap! makan dengan sos cili ataupun sos homemade..

No comments:

Post a Comment