Hari ini aku share resepi ringkas jugak..sesuai untuk makan tatkala korang tengah malas masak ke, tengah hujung bulan ke ataupun ni menu sesuai sangat untuk diet uolsss.. Biar la orang nak cakap kau xmampu makan memahal ke ape ke..janji korang semua sihat..hehe
Kalau aku masak sup ni, encik suami makan bertambah taw..sebab sihat..yayyy!!
Sup ni boleh dimakan macam tu je cicah sambal kicap pedas, ataupun makan dengan kueh tiaw, bihun, mahupun nasi putih.. terangkat sangat!
Bahan-Bahan (2 orang makan):
1 bungkus bebola ayam (Aku prefer bebola ayamas - kalau yang ni pakai 1/2 je taw)
Olive oil untuk menumis
1 biji bawang bombay (hiris halus)
3 biji bawang merah kecil (hiris halus)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 biji cili padi (hiris halus)
2 inci Halia (dihiris nipis)
Sayur-sayuran ikut suka (Aku prefer Carrot, Sawi, Bayam, Tomato, Broccoli, Bunga Kobis)
Soo Hoon segenggam
1. Tumis semua bawang,halia dan cili padi hingga agak garing
2. Masukkan bebola ayam hingga kekuningan
3. Masukkan air secukupnya
4. Selepas air mendidih, masukkan carrot ke kentang kasi empuk dulu
5. Masukkan soo hoon + telur (telur tu kalau boleh jangan kacau..untuk elakkan sup korang nampak messy)
6. Last sekali campurkan semua sayur-sayuran + gula &garam secukup rasa
7. Siap untuk dihidang!
No comments:
Post a Comment