Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian,
Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat menarik dan mudah sekali ya dong! (So far, semua resepi yang aku share tu mudah dan simple aja) Hehe.. Resepi ni Mak Mertua aku yang ajar taw (buat jemput-jemput guna air panas, yang lain aku create ikut tekak sendiri).. Sebelum aku dan suami pindah ke rumah sendiri, rasanya ada la dalam 1 bulan aku stay kat rumah Family in law.. So, moment-moment tu la aku guna untuk belajar memasak daripada Ibu.. Aku memang seorang yang takkan lepaskan peluang.. lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan memasak..teehee..
Bahan-Bahan:
4 gelas tepung gandum
5 batang sosej (dipotong kecil)
5 keping chicken ham (dipotong kecil)
200g isi ayam (dipotong dadu)
2 biji bawang bombay (dipotong dadu)
3 biji cili padi (dihiris halus)
Daun Bawang dan Carrot (Sukatan ikut suka ye..pastu korang cincang/parut halus)
Air panas secukupnya..jangan terlalu banyak..sebab nak buat macam doh
Garam & Gula secukupnya (Kalau masukkan kiub ayam, tak payah garam ye)
1. Campurkan semua bahan (kecuali air panas) ke dalam bekas stainless steel dan gaul sebati.. Kenapa satinless stell?? Sebab nanti kita nak tuang air panas ye uolss..elakkan guna bekas plastik..
2. Dah agak-agak sebati, korang masukkkan air panas sedikit demi sedikit hingga menjadi ala-ala doh gitu
3. Lepastu, biarkan adunan sejuk dalam keadaan rehat dalam masa 15 minit
4. Lumurkan tangan dengan minyak zaitun dan mula la sesi menggulung cucur bulat-bulat
5. Panaskan minyak masak terlebih dahulu sebelum mula menggoreng.. Guna api perlahan sahaja.. Cucur ni takkan serap minyak sebab tepungnya dah masak sebab kita guna air panas untuk membancuh tadi kan.. Guna api sedehana/kecil sebab kita nak isi ayam, sosej, chicken ham masak dengan sempurna..
6. Bila cucur dah agak kekuningan, boleh la diangkat dan toskan terlebih dahulu..
No comments:
Post a Comment