Korang pernah dengar tak tentang Ramen terpedas yang dikeluarkan oleh company KOREA?? Mesti biasa sangat kan tengok video challenge kat Facebook, Instagram mahupun bersepah di Youtube.. Tipu sangat la kalau korang tak tergoda dan eager nak taste ramen tersebut.. Aku antara yang tergoda taw! kau jangan.. aku hari-hari teringin sangat nak makan ramen tersebut.. Tetapi aku tak tahu nak carik kat mana.. aku pernah carik kat TESCO & GIANT tapi menghampakan..semua cakap dah takde stock.. Perghh memang laku macam pisang goreng kot..
Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas masa aku dan suami membeli barang dapur di AEON @ JUSCO Taman Universiti, Skudai.. Aku memang aim nak carik kat situ.. Sebab AEON kan banyak jual makanan import.. Mungkin rezeki aku la hari tu, so aku pun jumpa la SAMYANG Hot Chicken Ramen Noodle.. Niat di hati nak beli yang cup punya.. tak tak haddooo.. aku pun ambil la yang pack punya.. ada 5 packs kecik-kecik dalam tu.. Ok la daripada takde.. Sebelum itu, aku siap cek tanda halal dan bahan-bahan.. Tanpa rasa ragu-ragu, aku pun dengan yakinnya membeli dengan persetujuan Suami tercinta.. YAYYY! akhirnya pencarian telah berakhir..
Ni la rupa packaging Ramen KOREA ni |
REVIEW:
Pada aku, Ramen ni teramat pedas! Mata dan hidung aku berair kot.. bibir bengkak sesangat.. Lidah rasa nak terbakar! Sapa yang cakap tak pedas langsung tu aku yakin dia salah beli.. sebab ada yang terbeli yang biasa punya..pedas geli-geli je..packaging hampir sama..hehe..Suami aku ni tekak macam orang Negeri Sembilan..tapi..Siap kipas mulut guna tangan sebab kepedasan teramat sangat even acah2 muka cool..hahahaha.. TAPI.. Ramen Korea ni takde la sedap mana.. Pedas memang Pedas tapi rasanya tak sesedap Mi Segera keluaran Malaysia..Hahaha
Keropok ni boleh tolong korang hilangkan rasa pedas |
Fresh milk ni better daripada air suam kalau tengah kepedasan melampau |
Ni sebelum kita kasi gaul-gaul |
Haa..nampak tak merah perencah dia tu.. atas tu garnish dia..seaweed dan sesame seeds |
Sejak dua menjak ni, ramai pulak yang post tentang keHALALan Ramen Korea ni haa kat Facebook.. Ramai sangat yang ragu-ragu.. Kepada yang ragu-ragu tu better korang jangan makan ye..Terima kasih jugak kerana saling mengingati.. Selama ni, aku beli apa-apa makanan mesti nak tengok logo HALAL.. yang tu wajib bagi aku.. Sama juga macam kes Ramen ni haa.. Bila dah ada logo halal, InshaAllah makanan itu HALAL.. Kalau kita keep rasa ragu-ragu even dah terang-terang ada tanda halal ni, memang sampai ke sudah kita tak berkembang (kembang??Uhukk).. Kalau la aku ni jenis yang ragu-ragu semua hal, banyak benda yang aku persoalkan.. Contohnya,
BETUL KE MAKANAN NI HALAL (dah terang-terang ada cop halal official)?? AKU TAK CAYE LA..
PEKAKAS YANG DORANG GUNA BUAT BENDA NI BERSIH KE?
PASTI KE TAKDE BENDA HARAM DALAM CAMPURAN MAKANAN NI?
KAU YAKIN SANGAT KE SEMUA BRAND KELUARAN MALAYSIA NI HALAL WEY?
AYAM BRAND, NESTLE, ADABI, MAGGI.. SEMUA TU BETUL HALAL KE DORANG TIPU JE?
Haa..kalau aku jenis ragu-ragu aku pasti akan persoalkan semuanya.. So, pada aku, bila dah ada logo HALAL tu memang betul-betul bersih la tu.. HALAL ni bukan sekadar menunjukkan makanan tu takde bahan HARAM tapi ia turut membuktikan yang makanan itu bersih.. Keep Think Positive ye uolss.. Jangan pulak yang takde langsung logo halal korang nak tibai jugak.. Itu memang salah!
Sekian saja penulisan aku kali ini.. Yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T.. dan yang buruk itu datang daripada kekhilafan diri kita sendiri.. #jangankecamsaya