Thursday, 31 March 2016

Tempat Menarik di Cameron Highland (Latest Mac 2016 taw!!)

Assalamualaikum w.b.t. buat semua visitor sekalian..

Post lepas aku cuma throwback tentang percutian 2011 dulu kan?? Baiklah kali ini aku buat entry latest special buat korang-korang semua ni.. Tanggal 20-22 Mac (Anniversary yang ke 1 Tahun 4 Bulan) yang lepas, aku dan Suami sekali lagi bercuti ke Cameron Highland.. Kali ini sebagai pasangan Suami Isteri dan percutian kali ini juga lebih tersusun dan bermakna sesangat.. Sebab aku dah buat research baik punya tentang tempat-tempat menarik di Cameron Highland.. Aku kira bajet untuk 3 Hari 2 Malam di Cameron Highland tak sampai pun RM1200.. Termasuk makan minum, shopping kaw-kaw, hotel penginapan, Minyak + Tol (Johor - Perak - Johor) .. Ok la kan?? Boleh dapat lagi murah kalau korang tak membeli..hehe

1. Snooze Too Hotel, Brinchang


Hotel ini sangat best bagi aku sebab ianya masih baru lagi.. Susun atur hotel, bilik, pantry, cafe dan toilet sangat rasa macam di Korea ye uolss..aku mention lagi sekali.. KOREA ye..hehe..takde aircond langsung tapi sejuknya sampai ke tulang.. Hotel ini berada di antara tempat tertinggi di Brinchang.. That's why sejuk banget! Tempat Parking pun banyak dah luas.. Kedudukan hotel yang sangat strategic.. Aku sangat pasti dengan kedudukan hotel ni.. dekat dengan ATM, Stesen Minyak, Supermarket, Kedai makan macam-macam, Tempat beli cenderahati bersepah, 7Eleven dan macam-macam lagi.. Harga bilik yang aku pilih sebenarnya RM200/night tapi mungkin rezeki ktorang hari tu dapat RM111/ night jee.. Katil king Size (Klu datang bawak 2 orang anak kecil still masih muat).. manyak murah ooo.. Pekerja hotel ni pun sangat peramah sekali..kitew suke..

Haha..dah berserabut bilik.. selesa untuk 2 orang

Ni ala-ala pantry..ktorang main wooden stack kat sini..hehe..sebelah bilik jeww

Ni antara komen-komen penginap terdahulu..terletak kat depan lift je

ni cafe @ tempat melepak
Hari pertama kami jalan-jalan kat pasar malam dan menternak lemak dulu

2. Big Red Strawberry Farm, Brinchang


Hasil daripada research yang aku buat sebelum berangkat ke Cameron Highland aritu, aku rasakan Big Red Strawberry Farm ni adalah Ladang Strawberry yang terbaik di Cameron.. Sebab.. Masuk Percuma, Pokok Strawberry sangat tersusun di sebelah Kanan sepanjang perjalanan ke Foodcourt, Di sebelah kiri pulak penuh dengan sayur-sayuran segar Hidroponic.. mostly salad-salad laa.. sangat cantik dan segar-segar belaka..Sumpah..aku tak tipu.. Strawberry boleh petik sendiri dengan harga RM25/ setengah kilo.. Tapi aku dan suami bukan penggemar strawberry sangat..jadi, ktorang makan fresh kat situ je.. takde nak tapau-tapau punye..Kedai Cenderamata pun sebelah FoodCourt Jeww.. semua berunsurkan strawberry.. Korang nak tahu tak?? Big Red Strawberry Farm ni terletak betul-betul belakang hotel weolss jeww.. naik kereta 5 minit jeww.. tu pun pusing tapak pembinaan sebelah jeww.. (menyampah plak iolss menaip banyak sangat jeww nih..dushh) Kalau takde construction boleh sangat jalan kaki..Thorrbaekk! Kami habiskan masa dekat 2 jam disini..

satu lobang muka tu I reserve untuk future baby I nanti..uhukkk

Haa..segar x segar??

yum yummehh

Jom makan salad segar ditanam sendiri

3. Cameron Lavender Garden


Keluar je dari Big Red Strawberry Farm, kami Suami Isteri terus Menuju ke Cameron Lavender Garden.. Cameron Lavender Garden ni betul-betul kat tepi jalan.. Kalau uolss naik melalui Simpang Pulai menuju ke Brinchang, Korang pasti akan jumpa Lavender Garden ni di sebelah Kanan uols.. Sangat besar dan Lavender Garden ni berjaya mencuri perhatian aku dari hari pertama lagi..teehee.. Tiket masuk kat sini cuma RM8/person sahaja.. Kat sini ada macam-macam jenis bunga Lavender dari pelbagai tempat di seluruh Dunia.. Tenang je rasa kat sini.. Kat sini ada jual Ice-Cream Lavender- RM6.. tapi disebabkan aku dan suami dah kekenyangan, memang tak dapat la nak merasa..Aku mampu memberikan Jelingan maut sahaja..hahahaha.. Selain Lavender, Kat sini pun ada macam-macam jenis bunga.. uolss boleh petik sendiri ye.. 6 kuntum bunga cuma beharga RM10 sahaja.. Murah kan?? Kat sini plak ktorang habiskan another 2 hours.. Kedai Cenderahati Lavender sini sangat best.. aku rambang mata! tetapi kat sini tak boleh bayar guna Debit Card ye.. sebab takde line.. ATM Machine pun jauh.. kena ke Brinchang.. Make sure uolls bawak cash yang banyak kalau nak beli banyak..


RM8 sahaja!

Cantik kan Lavender belakang nih..?

Mini Kincir angin at the back uolss

Nak jugak bergambar kat sini! Cantik ape..

ngeh ngeh
Acah-acah la abang ni..haha
Tempat dimana nafsu tengah berlaga-laga..hehe

4. Cameron Valley Tea House


Keesokkan harinya lepas breakfast, Kami bergerak ke Cameron Valley Tea House.. Tempat ni takde yang menarik sangat tapi uolss akan rasa sangat gembira dan jakun sekali apabila melihat keindahan susunan pokok-pokok teh yang sangat cantik, hijau dan segar bugar.. aku tak boleh nak stop amik gambar pokok teh kat sini.. rasa macam kat dalam gambar.. even more beautiful.. aku tak tipu..Kat sini ada Cafe di mana korang boleh rasa kesedapan Teh Cameron.. Yummy.. Dessert pun banyak kat sini.. tapi aku kenyang lagi time ni.. baru sangat breakfast tadi.. hehe.. kami kat sini sekejap je.. 15 minit tapi kami datang balik selepas selesai menjumpai BOH TEA CENTRE..Untuk ke Cameron Valley Tea House ni, korang kena lalu Tanah Rata taw.. lepastu korang akan nampak signboard.. Jalan menuju ke sini agak mencabar sebab banyak sangat Selekoh Tajam.. Be Carefull uolss..

Tengok tu tengok tu..cantiknya..MashaAllah

Posing kat pokok teh..haha

Muahx!

5. Boh Tea Centre - HillTop


Jarang sesangat orang sampai kat sini.. ni ktorang tahu pun sebab orang Cameron sendiri bagitaw.. thanks Kak Vani.. Kak Vani ni ktorang jumpa masa sibuk membeli teh Imported.. Basilur Tea.. Dia sangat pakar tentang teh ni dan dia yang suggest kat ktorang untuk pergi ke Boh Tea Centre ni.. Boh Tea Centre sangat la terpencil dan korang kena sentiasa bunyikan HON kereta semasa naik dan melalui selekoh tajam kat situ.. sebab takut bertembung dengan kereta orang lain pulak.. Tapi pengalaman yang manarik buat kami suami isteri.. Rasa puas sangat bunyikan HON kereta..aikk??hehe.. Untuk ke Tea Boh Centre ni korang kena menuju ke jalan Tapah taw.. agak jauh sebenarnya tempat ni.. kalau dari hotel amik masa dekat 1 jam jugak la.. drive pun cuma 30-50 km/j je.. kena extra carefull kat sini..

Kat sini ada kedai jual Teh Boh.. Ala korang boleh je beli teh boh kat mana-mana supermarket.. confirm ada punya.. Tetapi kan uolss kat sini ada jual Teh yang dorang EXPORT ye.. cuma boleh dijumpai disini sahaja.. sebab berkualiti tinggi.. Sebelah Kedai Teh ni ada Cafe.. Cafe kat sini sediakan teh-teh yang di EXPORT sahaja.. Harga berpatutan.. kami suami Isteri sempat merasa 2 jenis teh yang dorang EXPORT.. antaranya ialah Cameronian Gold Blend Tea (Pure Tea) & Bukit Cheeding Garden Tea (Milk Tea).. Sangat relexing.. view kat Cafe ni pun nice.. sejuk pulak tu.. Perghhh!

Lepas jumpa batu berukir ni, korang memang berada di tempat yang betul

Ni antara TEH yang nak diEXPORT.. Exclusive packaging


Terlebih Happy PuanMaster ni.. teehee

Selain daripada itu, kami sempat melawat kilang pemprosesan teh boh ini secara REAL.. Tiada bayaran yan dikenakan ye.. FREE! Nanti ada pekerja kilang teman kita jenjalan.. alah.. tak sampai 10 minit pon..Proses dia simple dan tiada BAHAN PENGAWET!

Bismillah..

Thank you Adik Manis atas detail explanation yang diberi..

Ni antara machine pemprosesan TEH BOH

Baiklah uolss.. ni la antara tempat-tempat menarik di Cameron highland.. bagi aku 3 hari 2 malam kat sini sudah mencukupi.. tapi kalau nak jalan semua tempat at least 5 hari la.. hehe.. aku tak pergi semua tempat sebab dulu tahun 2011 aku dah jalan dah kat tempat-tempat tu.. Ramai yang cakap Cameron highland ni takde pape, bosan..tapi bagi aku Cameron highland adalah tempat yang best dan terbaik untuk cuti yang sekejap..Weekend Getaway camtu laa.. Malam-malam kat sini takde pape.. jadi bandar mati.. tapi aku dan Suami pergi candle light dinner la of course dan berborak panjang macam takde hari esok..Lain orang lain citarasanya.. Ok nanti kami nak ke tempat lain pulak.. nanti aku review tempat lain jugak k.. Love uolss.. Next entry aku suggest tempat makan menarik di Cameron Highland pulak..

Teh Import..Ole2 dan Tempahan yang dibeli.. Teh ni sedap hokeyy

Hasil Tangkapan di Big Red Strawberry Farm & Cameron Lavender Garden

Hasil tanaman orang Asli Cameron..weee

4 comments:

  1. Tak sampei RM1200.. Sy travel by car dari Johor.. Hehe.. Boleh dapat lagi murah klu pilih hotel yang lebih murah and xshopping sangat..

    ReplyDelete
  2. Sis tumpang tnyo , y sis balik ke tea valley centre selepas jumpa tea house after 15 min ? Sy planing nk pass cameron nak singgah skali . Sbb sy cuma ada 1 free day .. planing nk spendtime kt cmron .. so taknk tersesat jalan sy tnya la sis ..

    ReplyDelete
  3. Awakkk.. maaf la lambat reply awak.. saya duduk dekat Brinchang.. so, bila otw tu me tea centre tu mmg lalu Kebun tea dulu.. ��

    ReplyDelete