Assalamualaikum semua yang masih bersengkang mata malam ni..
Malam ni tetibe aku teringat akan reunion tanpa dirancang pada Ahad lepas (6.3.2016).. Tarikh tersebut merupakan tarikh terindah buat pasangan Siti Yuhainit dan Mohd. Shuhada.. Mereka berdua ni Coursemate aku ketika aku belajar di UNIMAS dulu pada tahun 2008 hingga 2012.. Lepas je majlis konvokesyen yang diadakan pada 14.10.2012, kami terus terputus hubungan.. Cuma kekadang contact thru Watsapp, Instagram ataupun Facebook je.. Masing-masing dah ada tanggungjawab dan hala tuju yang berbeza kan?? hehe.. Alhamdulillah..
|
Alhamdulillah selamat disatukan pada 5.3.2016.. Semoga berbahagia hingga Jannah |
Aku sebenarnya 50-50 je harapan nak hadirkan diri pada majlis persandingan tu sebab suami aku banyak tugasan yang menanti.. Kalau la Johor dan Shah Alam tu dekat memang takkan jadi masalah.. hehe.. Alhamdulillah kebetulan pada tarikh kejadian, Suami aku FREE pulak.. aku pun ape lagi, cecepat booking hotel dan plan properly dengan adik-adik aku yang tengah bekerja dan belajar di Kuala Lumpur.. Hasil perbincangan, kami pun setuju untuk luangkan masa bersama-sama dan akan attend wedding classmate aku bersama.. (Kira 2 in 1 la ni..haha)
Actually, aku dan suami aku ni kenal waktu belajar dulu.. Sama Fakulti tapi berlainan Course.. Macam mana boleh jumpa?? cettt (Panjang cerita pulak nanti kalau cerita pasal aku dengan suami tercinta..Next time ye..) Jadi, suami aku pun kenal rapat la dengan coursemate aku dua orang ni.. Dulu ktorang selalu hangout bersama, makan bersama, berkelah bersama dan macam-macam lagi la kami buat bersama..
Jadi, pada Ahad lalu, kami attend majlis tersebut dan secara kebetulan terserempak dengan kawan-kawan yang lain dengan pasangan masing-masing.. Kawan weolss dari Sabah pun sanggup datang sendirian ye untuk attend majlis ni.. Aku memang terlebih excited ye uolss sebab aku kangen bangat sama mereka! 3 tahun lebih kot tak jumpa face to face.. Hurmm
Baiklah..biar aku share gambar weolss dan tengok la kegembiraan weolss ketika saat itu.. Alhamdulillah Syukur..
|
Majlis persandingan ni ada dua pasang pengantin ye uolss.. Tengok tu macam merpati dua sejoli.. Kawan aku yang set persalinan warna biru.. Yang set persalinan hijau cair tu Kakak kepada Yu, Kak Ina & Suami |
|
|
|
Waaaa..happy nya jumpa kawan lama.. |
|
My Beloved Family |
|
Kami bersama Pengantin (Yu & Syam) |
|
Happy sokmo pengantin ni..hehe |
|
Perghhh penuh screen sebab aku!muahaha |
|
Ayan, Mas, PuanMaster, Syam, Yu, Kak Atus, Kak Aimi, Baby Janna, Farhana.. Mana Hubby?? Dia yang tolong snapkan gambar ni..teehee |
|
Kami Ex-JPK Kolej Allamanda Unimas Sesi 2009/2010.. Haha |
|
Ni gambar legend..bukan sebab muka aku yang besar memenuhi ruang tapi sebab pengantin perempuan yang snap sendiri gambar ni uolssss..hahaha.. tak pernah berubah yu dulu dan sekarang |
Kepada Yu & Syam, Kak Ina & Suami, Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia hingga Jannah.. Saya happy sangat tengok uolss selamat berkahwin.. Semoga perjalanan hidup selepas ini lebih ceria dengan hadirnya pasangan masing-masing.. belajarlah lebih mengenali pasangan masing-masing ye.. Kalau ada masalah sekecil zarah sekalipun jangan pendam taw..tak elok tu..
Kepada, kawan-kawan yang lain, sampai berjumpa lagi di lain masa.. semoga semuanya berbahagia dan berjaya dalam hidup di Dunia juga Akhirat.. InshaAllah..This is the best moment ever! Syukur Ya Allah
No comments:
Post a Comment