Sunday, 18 September 2016

GIRLS Only [ Tuala Wanita - Feminine Comfort Avail ]

Assalamualaikum Sahabat-Sahabat sekalian,

Alhamdulillah berjumpa lagi kita di entry baru ni.. Kali ni aku nak borak sikit tentang kesihatan dalaman wanita..hurmmm.. Ye ye.. aku bukannya sihat tip top sangat pun.. tapi aku suka nak share benda baik bersama-sama korang semua.. aku bukan bertujuan untuk promote jugak.. sekadar aku nak korang berusaha untuk menjadi wanita yang sihat dan berkeyakinan tinggi.. hip hip hooray!!

Beberapa bulan yang lepas, classmate aku ajak join satu seminar berkenaan tentang kesihatan wanita.. Aku pun cecepat watsapp suami tercinta untuk minta persetujuan.. Namun, watsapp langsung tidak dijawab.. Aku hampir berputus asa.. Namun, 15 minit kemudian Hubby Darling iolss call.. Yippy! rupa-rupanya sidia tengah meeting bersama bos-bos besar.. haha.. Tanpa berlengah lagi, aku pun direct la tanya berkenaan dengan seminar tu.. Suamiku dengan pantasnya menjawab "Ok Sayang.. pergi la.. Mana tahu boleh tambah info tentang proses kehamilan..eh?eppppp! " *Begini la pasangan yang tidak pernah putus mencuba.. hari-hari mengharap..sob sob* Seminar tu kat Melaka ye uollss.. So, ktorang buat Car pooling je la.. jimat sambil merapatkan lagi silaturrahim..mih mih mih.. Kos seminar tu adalah RM150 seorang tetapi atas jasa baik kawan aku, aku cuma perlu bayar RM30 sahaja.. Murah kan? Lagipun, seminar tu diketuai oleh Dr. Pakar Sakit Puan ye uolss.. nanti aku ingat balik nama dia..alu lupa..hishhh

Seminar ni dianjurkan oleh pihak AVAIL BEAUTY SDN. BHD... siapa yang tak tahu boleh google sebab aku pun tak berani nak kelentong kat sini.. takut salah info pulak.. tapi yang aku pasti, AVAIL ni produce banyak produk kesihatan wanita terutamanya Tuala Wanita.. Feminine Comfort (FC) nama glamour product tu..

Aku dah pun menjadi pengguna setia FC ni..sebelum ni aku peminat tegar Tuala Wanita biasa (Melambak kat pasaraya) ye uolss.. Jiwa remaja gitu.. Namun, selepas menyertai seminar tu, aku mula tersedar dari khayalan.. Rupa-rupanya kebanyakan tuala wanita diluar sana menggunakan bahan yang tidak bersih (Kertas-kertas recycle) dan mereka menggunakan CLOROX!!! Yesss.. CLOROX uolss..aku pun mula-mula malas nak percaya sangat.. tapi, bukti demi bukti mereka dedahkan.. aku mula berpeluh dan rasa seram sejuk.. Belum lagi mereka ceritakan dan menunjukkan video pesakit-pesakit Cancer Pangkal Rahim, Ovarian Cyst, Fibroid.. Fuhhh.. aku tak nak cerita detail sangat sebab aku bukan pakar sakit Puan.. Tanpa aku sedar, air mataku mula berlinangan.. Ye.. aku menangis sebab kenapa baru sekarang aku tahu akan kebenaran ini.. 

Aku tanpa menoleh belakang, terus memborong tuala wanita FC ni untuk kegunaan harian dan bila perlu.. Aku yakin bahawa product ni sangat bagus dan diyakini kebersihannya 100%..

Ni la cinta hati "Miss V" aku sejak beberapa bulan yang lalu.. Korang akan jatuh cinta dengan FC ni.. Gambar ni aku ambil dekat website Avail Beauty..hehe

Kesemua produk tuala wanita ini memang mengandungi herba terpilih so uolss akan rasa berangin, wangi dan segar yang berpanjangan di bahagian 'Miss V' uolss.. malu plak iolss nak cerita lebih-lebih..hehe.. Aku sarankan korang try la product ni ye.. tak cuba tak tahu.. sepanjang pengalaman aku la kan, FC ni mampu meredakan senggugut setiap kali period dan mampu mengecilkan size cyst kalau uolss hari-hari pakai pantiliner warna hijau tu ha.. InshaAllah.. Ada jugak pengguna yang cakap FC ni dapat menghilangkan masalah keputihan dan bau 'Miss V' yang tak berapa menyenangkan.. Haaaa.. best kan?? Berkenaan harga pulak, aku rasa harga agak berpatutan dengan kualiti.. Harga antara RM11-RM13 sebungkus 20pax..

So, kalau uolss nak tahu detail..email la kat iols di syazwani.hussen@gmail.com
Iolss akan bagi number telefon agent avail yang boleh dipercayai.. Chaiyok2!

Friday, 16 September 2016

MR. Roti only in JOHOR

Assalamualaikum readers sekalian..

Lama sungguh rasanya aku tak menghapdate blog tercinta iolss ni.. Sangat sibuk lately ditambah dengan sikap "M" ku yang membuak-buak.. dushhhh

Baiklah kali ni iolss nak cerita sikit tentang satu Bakeri Roti yang agak femes la dikalangan pencinta roti di Johor ni.. MR. ROTI nama diberi.. So far kedai roti ni ada dua buah cawangan sahaja di sekitar Johor.. Satu di Mount Austin dan satu lagi di Bukit Indah.. Kenapa bakeri yang konon famous ni ada dua cawangan je???? Ohh guys, yang tu aku tak dapat nak jawab ye.. Tapi aku suspect la yang owner kedai ni bukannya bukak kedai sebab nak Kaya cepat..Tapi nak SHARE kesedapan roti yang terbaik nak meninggal ni..hehe over naw aku..

Sepanjang aku dan Encik Somi kat kedai tu, ktorg boleh nampak la roti-roti yang dihasilkan dijaga rapi dengan penuh kasih sayang.. siap letak dalam almari kaca macam kat kedai-kedai emas taww.. mungkin tu konsep kedai dorang kot.. who knows kan.. Mr. Roti ada menyediakan banyak jenis roti.. mungkin dalam berbelas-belas jenis.. Tapi hot item ada TIGA jenis.. sebab roti-roti HOT ni sangat unik la pada pandangan aku.. boom kebaaboomm

Haa..ni logo perniagaan dorang..comel je uncle ni


Guyssss.. ni la HOT ITEM yang menjadi kegilaan ramai tuuu

Yang ni aku zoom sikit..nampak tak?? penoh cream cheese ye uolss.. Harga cuma RM2.70.. bebaloi ke tidakkkkk? Feveret suami iolss yang ni

Ya Alllah..nampak tak egg yolk custard yang mengalir bak air gunung berapi tuuuuu??..sedap ya amat lemak berkrim taww.. hat ni feveret iolsss.. Teringat kat Dolly Dimsum punya bun.. yang ni RM3.10.. Golden Sand nama diberi


Seeee..aku tengok gambar je pun aku dah nak pengsan taw..belum lagi kalau korang makan roti-roti kat atas ni..pheww pheww

Baiklah aku share sikit alamat-alamat yang aku curik dari Mr. Google yee..khas buat uolss..cuba jangan tak cubaaa..

20, Jalan Indah 8/15, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor, Malaysia

&

41, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, Johor Bahru

 

Sampai berjumpa lagi di entry akan datang.. BYE BYE uolss
 

Tuesday, 31 May 2016

Samyang again with Siblings and Cousin!

Assalamualaikum Peminat makanan Korea sekalian!

Hari ni aku nak share sikit tentang spicy ramen challenge antara adik-adik aku dan juga sepupu-sepupu aku semasa mereka bercuti di Johor sebulan yang lalu.. Since kami ni orang Sarawak, kami sangat jarang makan makanan pedas.. alahh..pedas geli-geli je boleh la..hehe.. Bagi aku, spicy ramen berjenama SAMYANG ni memang sangat pedas..

Actually, susah jugak nak jumpa ramen ni since diyakini halal beberapa bulan yang lalu.. permintaan sangat tinggi dan ada yang mengambil kesempatan ye uolss.. some of them beli spicy ramen ni banyak2 secara borong pastu jual balik dengan harga yang nonsence! siap cas harga postage yang mengarut lagi.. Kalau ikutkan harga kat AEON baru RM22.12 untuk 5 packs.. Jadi sebungkus baru RM4.50.. Tapi mereka2 ni siap jual dengan harga RM12 sebungkus hokeyyyy.. ada yang dah termasuk postage dan ada yang cas postage tambah RM6..pergh perghhh.. tak sanggup aku! Tapi ye la..orang nak beniaga macam ni la selalunya.. tak patut salahkan dorang jugak..

Okay..nak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum family aku datang JOHOR, aku dengan gigihnya ajak suami mencari SAMYANG spicy ramen noodle..tapi Hampa!!! Semua dah kehabisan stok sebab dah diborong habis.. kesian kat family aku yang nak sangat makan ramen tu.. Actually masa tu kat Kuching belum ada lagi jual SAMYANG spicy ramen noodle..sekarang tak pasti..teehee

Selepas majlis perkahwinan abang aku selesai, kami semua jalan-jalan area ayer Hitam, Johor.. ala tak jaoh pun sebab kitaorang dari Kluang, Johor.. 15 minit je sampai.. Mungkin rezeki adik-adik aku jgak laa.. Jumpa plak SAMYANG spicy ramen noodle kat ayer hitam.. Harga dah mahal sikit la..tapi takpe..aku beli jgak sebab nak jgak bagi family aku rasa ramen pedas banget tu..yayyy! aku berjaya membeli 3 bungkus besar! Cukup la tu.. sekadar untuk merasa..

Walaupun dua orang adik aku dah balik KL, tapi takpe.. challenge tetap berlangsung seperti biasa..Sebelum dua orang aku tu balik KL, dorang dah makan dah SAMYANG spicy ramen noodle ni.. cuma tak best la tak makan ramai-ramai..

Aku ada ambil video taw tapi nanti aku fikir dulu samada nak upload ke tidak..sebab nak kena potong dulu beberapa part..tunggu ye uolss

Pergh..air ada macam-macam jenis uolss..

Ni la antara muka-muka yang join SAMYANG spicy ramen challenge

Hari bersejarah Konvokesyen yang ke-56 UTM

Assalamualaikun dan Selamat petang semuanya.. Diharap sihat-sihat hendaknyaa..

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T. kerana memberiku rezeki serta umur yang panjang untuk menghabiskan pembelajaranku.. Tanggal 23 April 2016 yang lalu, aku telah meraikan majlis konvokesyen di Univertsiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor..

Pada mulanya aku memang tak terfikir untuk melanjutkan Pelajaran ke level yang lebih tinggi. Namun, atas sokongan moral keluarga, rakan-rakan dan bakal suami pada waktu itu, aku pun decide untuk berhenti mengajar dan fokus kepada pelajaran pula. Setahun setengah aku menyambung pelajaran dalam Master of Science (Information Technology Entrepreneurship) bermula pada September 2014 hingga januari 2016.. Decision untuk menyambung belajar ni bukanlah sesuatu yang mudah ye uolss sebab uolss dah tak dapat dah duit gaji bulan-bulan macam dulu melainkan uolss bekerja under government.. 

Meh aku share gambar-gambar kenangan! hehe.. Thanks Mak Bapak kerana datang majlis konvokesyenku.. Seminggu selepas majlis ni, majlis perkahwinan Abang aku pulak di Kluang, Johor.. 2 kali kot ulang alik Kuching ke Johor.. I love u ketat2.. Thanks to my beloved Hubby and Family sebab sentaiasa berada disisi ketika susah dan senang..

Happy..Happy..

Laaa..hujan pulak dahhh..baru nak posing

I LOVE YOU ALLL

Yerr.. Mak pun nak jugak!

Kamarul & Nurdiyana Big Day

Assalamualaikum pembaca sekalian,

Lama sangat rasanya aku tak hapdate blog ni kan?? Sebab aku takde masa yang terluang plus aku agak sibuk akhir-akhir ini.. Tak lama lagi kita nak sambut kedatangan bulan mulia iaitu Bulan Ramadhan.. Semua dah habis ganti puasa ke?? Bagi yang masih berusaha mengganti puasa macam aku ni.. semoga semuanya berjalan lancar la ye.. *terok naw aku baru nak ganti puasa..hewhew*

Tanggal 30.4.2016 (Akad nikah + persandingan di sebelah pihak perempuan) dan 15.5.2016 (Majlis persandingan dan doa selamat di pihak lelaki) yang lepas, berlangsungnya majlis perkahwinan satu-satunya Abang aku dengan pilihan hati.. Kakak ipar aku ni muda 2 tahun jgak la compare dengan umor aku sekarang..hehe..takpe aku tetap nak panggil dia kakak jugak.. Untuk yang baru mengenali diri ini, Abang aku adalah owner kepada D.O.H. Mawaddah cake house.. Dia jugak la yang buat kek, hias kek dan menjalankan bisnes serta dibantu oleh 6 orang pekerja,,

Boleh add D.O.H. Mawaddah di sini.. D.O.H (Drops Of Heaven) Mawaddah

Kakak ipar aku ni orang kelahiran Kluang, Johor..Yaaa..memang jaoh Kuching & Kluang ni.. tapi kalau naik kapal terbang satu jam je broo..takde la jaoh mana..sekarang semua tempat jadi dekat dengan adanya AIRASIA..eh?? ni bukan iklan berbayar ye..free of cas jeww uolss.. 

Alhamdulillah seramai 30 orang family aku datang untuk memeriahkan majlis di johor ni.. Tak seramai majlis aku dulu sebab sekarang bukan musim cuti sekolah..yang still ada anak kecil tu memang tak dapat datang la..mampu menatap gambar kat watsapp je jawabnya..meh aku belanja gambar kitorang..

MAJLIS DI KLUANG, JOHOR

Reramai bergambo sebelum bergerak ke majlis akad

Abang with beloved parent


Hahahaha..abang oh abang

Dapat jugak pujok nenek pegi JOHOR walaupun terpaksa ber"wheelchair"

Hamsen's Family

Terima kasih kepada semua yang hadir!


MAJLIS DI KUCHING, SARAWAK


Guestbook prepared by ME!

Pelamin yang tersergam Indah

Preparation untuk doorgift

Hamsen's Family dan bakal ahli keluarga

Wedding kek prepared by Pengantin Lelaki!! TAJ MAHAL ye uolss

Nenek-nenekku Gojes

wiwitt!! maaf tower dah hilang sebab cuaca yang terlalu panas..muahahaha


Monday, 11 April 2016

SAMYANG Super Hot Spicy Ramen Challenge!

Assalamualaikum buat semua pembaca blog PuanMaster sekalian,

Korang pernah dengar tak tentang Ramen terpedas yang dikeluarkan oleh company KOREA?? Mesti biasa sangat kan tengok video challenge kat Facebook, Instagram mahupun bersepah di Youtube.. Tipu sangat la kalau korang tak tergoda dan eager nak taste ramen tersebut.. Aku antara yang tergoda taw! kau jangan.. aku hari-hari teringin sangat nak makan ramen tersebut.. Tetapi aku tak tahu nak carik kat mana.. aku pernah carik kat TESCO & GIANT tapi menghampakan..semua cakap dah takde stock.. Perghh memang laku macam pisang goreng kot..

Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas masa aku dan suami membeli barang dapur di AEON @ JUSCO Taman Universiti, Skudai.. Aku memang aim nak carik kat situ.. Sebab AEON kan banyak jual makanan import.. Mungkin rezeki aku la hari tu, so aku pun jumpa la SAMYANG Hot Chicken Ramen Noodle.. Niat di hati nak beli yang cup punya.. tak tak haddooo.. aku pun ambil la yang pack punya.. ada 5 packs kecik-kecik dalam tu.. Ok la daripada takde.. Sebelum itu, aku siap cek tanda halal dan bahan-bahan.. Tanpa rasa ragu-ragu, aku pun dengan yakinnya membeli dengan persetujuan Suami tercinta.. YAYYY! akhirnya pencarian telah berakhir..

Ni la rupa packaging Ramen KOREA ni

REVIEW:

Pada aku, Ramen ni teramat pedas! Mata dan hidung aku berair kot.. bibir bengkak sesangat.. Lidah rasa nak terbakar! Sapa yang cakap tak pedas langsung tu aku yakin dia salah beli.. sebab ada yang terbeli yang biasa punya..pedas geli-geli je..packaging hampir sama..hehe..Suami aku ni tekak macam orang Negeri Sembilan..tapi..Siap kipas mulut guna tangan sebab kepedasan teramat sangat even acah2 muka cool..hahahaha.. TAPI.. Ramen Korea ni takde la sedap mana.. Pedas memang Pedas tapi rasanya tak sesedap Mi Segera keluaran Malaysia..Hahaha

Keropok ni boleh tolong korang hilangkan rasa pedas

Fresh milk ni better daripada air suam kalau tengah kepedasan melampau

Ni sebelum kita kasi gaul-gaul

Haa..nampak tak merah perencah dia tu.. atas tu garnish dia..seaweed dan sesame seeds

Sejak dua menjak ni, ramai pulak yang post tentang keHALALan Ramen Korea ni haa kat Facebook.. Ramai sangat yang ragu-ragu.. Kepada yang ragu-ragu tu better korang jangan makan ye..Terima kasih jugak kerana saling mengingati.. Selama ni, aku beli apa-apa makanan mesti nak tengok logo HALAL.. yang tu wajib bagi aku.. Sama juga macam kes Ramen ni haa..  Bila dah ada logo halal, InshaAllah makanan itu HALAL..  Kalau kita keep rasa ragu-ragu even dah terang-terang ada tanda halal ni, memang sampai ke sudah kita tak berkembang (kembang??Uhukk)..  Kalau la aku ni jenis yang ragu-ragu semua hal, banyak benda yang aku persoalkan.. Contohnya,

BETUL KE MAKANAN NI HALAL (dah terang-terang ada cop halal official)?? AKU TAK CAYE LA..

PEKAKAS YANG DORANG GUNA BUAT BENDA NI BERSIH KE?

PASTI KE TAKDE BENDA HARAM DALAM CAMPURAN MAKANAN NI?

KAU YAKIN SANGAT KE SEMUA BRAND KELUARAN MALAYSIA NI HALAL WEY?

AYAM BRAND, NESTLE, ADABI, MAGGI.. SEMUA TU BETUL HALAL KE DORANG TIPU JE? 

Haa..kalau aku jenis ragu-ragu aku pasti akan persoalkan semuanya.. So, pada aku, bila dah ada logo HALAL tu memang betul-betul bersih la tu.. HALAL ni bukan sekadar menunjukkan makanan tu takde bahan HARAM tapi  ia turut membuktikan yang makanan itu bersih..  Keep Think Positive ye uolss.. Jangan pulak yang takde langsung logo halal korang nak tibai jugak.. Itu memang salah!

Sekian saja penulisan aku kali ini.. Yang baik itu datang daripada ALLAH S.W.T.. dan yang buruk itu datang daripada kekhilafan diri kita sendiri.. #jangankecamsaya















Friday, 8 April 2016

[Resepi] Cucur Bebola Ayam

Assalamualaikum kawan-kawanku sekalian,

Hari ni aku nak kongsi resepi yang sangat menarik dan mudah sekali ya dong! (So far, semua resepi yang aku share tu mudah dan simple aja) Hehe.. Resepi ni Mak Mertua aku yang ajar taw (buat jemput-jemput guna air panas, yang lain aku create ikut tekak sendiri).. Sebelum aku dan suami pindah ke rumah sendiri, rasanya ada la dalam 1 bulan aku stay kat rumah Family in law.. So, moment-moment tu la aku guna untuk belajar memasak daripada Ibu.. Aku memang seorang yang takkan lepaskan peluang.. lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan memasak..teehee.. 

Bahan-Bahan:

4 gelas tepung gandum
5 batang sosej (dipotong kecil)
5 keping chicken ham (dipotong kecil)
200g isi ayam (dipotong dadu)
2 biji bawang bombay (dipotong dadu)
3 biji cili padi (dihiris halus)
Daun Bawang dan Carrot (Sukatan ikut suka ye..pastu korang cincang/parut halus)
Air panas secukupnya..jangan terlalu banyak..sebab nak buat macam doh
Garam & Gula secukupnya (Kalau masukkan kiub ayam, tak payah garam ye)

1. Campurkan semua bahan (kecuali air panas) ke dalam bekas stainless steel dan gaul sebati.. Kenapa satinless stell?? Sebab nanti kita nak tuang air panas ye uolss..elakkan guna bekas plastik..
2. Dah agak-agak sebati, korang masukkkan air panas sedikit demi sedikit hingga menjadi ala-ala doh gitu
3. Lepastu, biarkan adunan sejuk dalam keadaan rehat dalam masa 15 minit
4. Lumurkan tangan dengan minyak zaitun dan mula la sesi menggulung cucur bulat-bulat
5. Panaskan minyak masak terlebih dahulu sebelum mula menggoreng.. Guna api perlahan sahaja.. Cucur ni takkan serap minyak sebab tepungnya dah masak sebab kita guna air panas untuk membancuh tadi kan.. Guna api sedehana/kecil sebab kita nak isi ayam, sosej, chicken ham masak dengan sempurna..
6. Bila cucur dah agak kekuningan, boleh la diangkat dan toskan terlebih dahulu..
7. Siap! Selamat mencuba
Ni la hasilnya nanti uolss
Aku campur je semua benda yang berunsurkan ayam..nak clearkan freezer sebenorrrnyee..nak topup yang fresh plak pasni..

nak lebih carrot pun boleh..no hal..

Kita mix-mix kan diaaa

aku tambah ground blackpepper dengan serbuk paprika sikit

Korang gaul-gaul dulu macam ni sebelum masukkan air panas ye

Haa..ni la rupa lepas dah dimandikan dengan air panas!..jangan terlebih air panas..Kalau terlajak tu tambah je tepung..

pastu buat bulat-bulat macam ni..jangan besar sangat..
Make sure minyak panas ye sebelum menggoreng..api perlahan je..

see..dah agak golden macam ni siap la tu..jangan hangus pulak ye..

ni aku test dulu sebelum jamu kat suami petang nanti..muahahaha














Wednesday, 6 April 2016

[Resepi] Cucur Ikan Bilis

Assalamualaikum readers semua..

Aku nak share lagi satu resepi minum petang yang semua orang pandai buat..tapi resepi aku kali ni mungkin tak sama dengan uolss punya.. cucur bilis aku ni rangup diluar dan lembut sangat didalam..hehe.. agak gebu la uolss.. Kalau tak caye korang boleh try.. aku tak paksa ye..

Nampak biasa tapi luar biasa taw..hehe

Bahan-Bahan (2 orang makan):


500g Tepung naik sendiri BlueKey
3/4 cawan tepung beras
2 biji bawang bombay dipotong dadu
Satu genggam daun bawang yang dihiris halus
3 biji cili padi dihiris halus
Segenggam atau lebih Ikan bilis yang siap disiang
Satu sudu makan gula
Garam sedikit sahaja sebab ikan bilis dah masin
Minyak untuk menggoreng
Air masak secukupnya (Jangan cair sangat uolss)

1. Campurkan semua bahan diatas dan gaul hingga sebati
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Goreng sedikit demi sedikit (Aku guna sudu makan untuk ambil adunan yang siap dibancuh)
4. Siap! makan dengan sos cili ataupun sos homemade..

[Resepi] Sup Sayur Bebola Ayam

Assalamualaikum semua..

Hari ini aku share resepi ringkas jugak..sesuai untuk makan tatkala korang tengah malas masak ke, tengah hujung bulan ke ataupun ni menu sesuai sangat untuk diet uolsss.. Biar la orang nak cakap kau xmampu makan memahal ke ape ke..janji korang semua sihat..hehe

Kalau aku masak sup ni, encik suami makan bertambah taw..sebab sihat..yayyy!!

Sup ni boleh dimakan macam tu je cicah sambal kicap pedas, ataupun makan dengan kueh tiaw, bihun, mahupun nasi putih.. terangkat sangat!

Bahan-Bahan (2 orang makan):


1 bungkus bebola ayam (Aku prefer bebola ayamas - kalau yang ni pakai 1/2 je taw)
Olive oil untuk menumis
1 biji bawang bombay (hiris halus)
3 biji bawang merah kecil (hiris halus)
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
3 biji cili padi (hiris halus)
2 inci Halia (dihiris nipis)
Sayur-sayuran ikut suka (Aku prefer Carrot, Sawi, Bayam, Tomato, Broccoli, Bunga Kobis)
Soo Hoon segenggam

1. Tumis semua bawang,halia dan cili padi hingga agak garing
2. Masukkan bebola ayam hingga kekuningan
3. Masukkan air secukupnya
4. Selepas air mendidih, masukkan carrot ke kentang kasi empuk  dulu
5. Masukkan soo hoon + telur (telur tu kalau boleh jangan kacau..untuk elakkan sup korang nampak messy)
6. Last sekali campurkan semua sayur-sayuran + gula &garam secukup rasa
7. Siap untuk dihidang!





Thursday, 31 March 2016

[Resepi] Kentang Goreng Bersira

Asslamualaikum Rakan-Rakan semua..

Hari ni PuanMaster nak share Resepi ringkas untuk membuat kentang goreng bersira rangup penuh kasih sayang ye.. hehe.. Senang ya ampun! Aku punya kentang nampak kecil sebab aku guna mini potato yang aku bawak dari Cameron Highland tempoh hari.. yang ni aku guna 15 biji mini potato taw..

Bahan-Bahan:

4-5 biji kentang sederhana besar (Dihiris senipis yang boleh)
1 biji bawang bombay (Dihiris)
3-4 ulas bawang putih (Dicincang halus)
2 biji Cili Padi (Dihiris) - Boleh digantikan dengan 1-2 sudu makan cili giling
Ikan Bilis
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
1.5 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram (Kurangkan kalau letak lebih ikan bilis)

Biar gambar dan video berbicara k.. Selamat mencuba uolss kesayangan sekalian..







Tempat Makan Sedap di Cameron Highland

Assalamualikum uolss..

Sebentar tadi aku dah buat Entry Tempat Menarik yang patut dilawati di Cameron Highland kan?? Sekarang aku nak share pulak tempat makan best kat Cameron Highland.. takkan Menyesal Punya.. Actually hari-hari ktorang pergi pasar malam..sebab macam-macam makanan ada.. yang tu aku taknak share la ye.. terlalu common..kat mana-mana ada pasar malam kan??hehe

1. Big red Strawberry Farm Food Court, Brinchang


Sini tak banyak pun menu untuk menternak lemak sebab kat sini banyak yang fresh dan sihat-sihat.. Korang boleh tengok kat menu bawah ni.. So far semua ok jeww.. hehe.. Salad tu korang bayar pastu amik sendiri taw.. ala-ala buffet camtu arr.. ambil la sepenuh yang mampu..ngeahaha

Menu board yang agak simple..Order korang sebijik dalam gambar taw.. jangan gelabah sangat..hehe

Ni pilhan kami suami isteri..anda pulak bagaimana??

2. Kedai Mamak Mamu, Tanah Rata


Ni kedai mamak biasa tapi entah la kenapa aku dan Suami rasa kedai mamak ni punya roti canai dan yang lain-lain sedap sesangat! mungkin sebab cuaca kot..sini kan sejuk..bila makan apa-apa pun semua shedapp saje.. Harga mahal sikit la.. takpe janji kenyang.. Alhamdulillah

Ni hari pertama kami menjamu selera di Mamu.. Supper ni.. Baru lepas makan makanan pasar malam..

Ni menu breakfast ktorang sebelum ke Cameron Valley

3. Western & Steamboat De La Fern Hotel, Tanah Rata


Tekak tiba-tiba teringin nak makan western.. Suami ajak makan steamboat tapi...dah biasa sangat..haha banyak songeh plak minah ni.. So ktorang try western depan Hotel De La Fern ni.. Not bad gak.. Juicy dan Fresh.. tapi tu la ingatkan banyak la salad kan.. Cameron la katakan.. Tapi cinonet tu je.. Celah gigi je beb.. Harga western kat sini Murah.. dont worry..

Grilled Lamb and Sky Juice


4. ABANG Nasi Lemak/Kukus Sambal Strawberry & Steamboat, Tanah Rata


Yeahh.. yang ni pada aku agak unik ye uolss sebab dia buat sambal guna buah strawberry bebb.. terasa seketul-seketul strawberyy time makan nasi kukuih nih.. Masam-masam sikit.. Manis ada, pedas pun cukup.. harga aku tak ingat.. Yang pasti tak sampai RM10 la..


Nasi Kukus + Strawberry Cordial

5. Boh Tea HillTop Cafe


Yang ni hi-tea konon.. hehe..tapi tengahari buta dan mencongok kat sini..ngee .. Kat sini memang best kalau berduaan dengan Suami tercinta.. Macam-macam yang ktorang borakkan.. alahh..hari-hari pun borak.. Isteri dia ni banyak cherita..muahahaha.. Harga makanan kat cafe ni TAK mahal..hehe

Kitorang try Teh Boh yang di EXPORT.. rasanya biasa saja..hehe

6. Pau dan Boss Satay, Tanjung Malim


Ok yang ni di luar kawasan Cameron Highland ye.. yang ni kat Tanjung Malim.. Encik Suami iolss nak jumpa kawan lama katanya (kawan Kolej- Susah senang sama-sama).. Pau tu beli kat Pakcik yang famous masuk Majalah 3, TV3 aritu.. Satay tu kawan suami bagi untuk buat makan-makan dalam kereta.. memamg tak la suami aku nak makan dalam kereta..hehe.. Esoknya ktorang panaskan dan ngap! Sedap giler weyyy.. kuah dia terangkat..kalau makan macam tu je satay nya agak tawar.. bila cicah sambal..Fuhh..Berpeluh den!  Terima  Kasih Aziz & Wardah dan Puteri Hanna..

Makanan terbaik Tanjung Malim

Kami beratur kat sini ye..Nasib baik ktorang awal sampai.. Kalau tak ntah-ntah tak dapat nak merasa

Hubby and his Old friend

Kawan baru kitew.. Wardah dan Baby Hanna