Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Monday, 14 March 2016

Cameron Highland Lokasi Terindah


Assalamualaikum pambaca setia PuanMaster (Ada ke pembaca setia??Perasan la ko kak..haha)

Maaf ye uolss sebab aku tak dapat nak move on dengan throwback aku..kali ni aku nak throwback jaoh sikit.. throwback percutian pada tahun 2011 selepas aku habiskan Latihan Industri (Praktikal) semasa aku berada dalam semester ke enam Degree..

Percutian kali ni kami berempat..Aku, En. suami (masih kekasih gelapku masa ni) dan kawan weolss yang sudah berkahwin (Kak Su & Abang Fauzi).. Percutian kali ni suami aku la yang excited sangat sebab nak bawak aku jalan-jalan dan merehatkan minda di Cameron Highland.. Aku pertama kali sampai kat sini taw..hehe..Selain Cameron Highland, Pak Cik dan Mak Cik Suami aku pun bawak ktorang masuk Thailand dengan mudahnya sebab Pakcik suami aku tu pegawai Imigresen.. First time jugak aku masuk Thailand dan makan makanan Thailand yang pelik-pelik.. usus lembu la, jus pegaga fresh la..haihh..terbaik thoqq! sebelum ni tahu Tomyam jer..

Ok la aku tak nak cakap banyak untuk entry kali ini.. Biar gambar berbicara.. Cehhhh

Jom tengok butterfly!!

Yeeyee je kau PuanMaster

Apa ni??haha *macam nak lempang je posing camni*

haha..posing dengan payung pun jadi laa

Semua berunsurkan strawberry
Loving couple in the house

Bila ketika suamiku kurus berambut panjang..hahaha

Sunday, 13 March 2016

Pengalaman Pertamaku di Universal Studio Singapore

Assalamualaikum Readers semua..

Disebabkan hujan petang-petang ni tetibe aku nak throwback sikit percutian bersama husband tercinta di kala kami masih lagi dalam fasa bertunang pada tahun 2013 (Sebelum RollerCoaster USS ditutup).. Lama betul throwback aku ni.. yela baru nak berjinak-jinak dengan blog..duhh sadis betul la aku ni..haha.. tak kisah la ye.. sebab blog ni macam diary aku jgak.. so, ape salahnya kan?? Hehe

Tiket untuk ke Universal Studio Singapore (USS) ni fully sponsored by En. Tunang ketika itu.. Baik x Tunang aku?? Haha.. dah berkahwin ni memang asyik sibuk je Suami aku sampaikan tak sempat nak bawak aku Honeymoon..*tssk* Its okay takde rezeki lagi..Hari-hari pun honeymoon kan?? ikut kemampuan masing-masing ye uolss.. Lagipun aku kahwin betul-betul masa aku tengah sibuk dengan assignment, project dan kelas.. Ada hikmah semuanya tu.. InshaAllah

Ok berkenaan dengan tiket ke USS, kalau tak silap aku masa tu tiket baru RM190++ /pax.. Tiket tu pakej sekali dengan harga bas taw.. masa tu weolss nak memudahkan kerja..tu yang beli tiket bas sekali harung.. Start naik bas dari Danga Bay, Johor pada pukul7 pagi dan balik pukul8.30 malam.. Untuk pengetahuan uolss, ktorang pergi weekdays ye.. So, tak la sesak sangat USS tu haa.. Tapi dalam perjalanan nak ke sana memang jem kaw-kaw..Tapi..tetap enjoy!

Sampai je USS, ape tunggu lagi..sudah menjadi kemestian la untuk aku pun nak bergambar dekat entrance USS tu.. alaa...macam orang lain jgak..haha.. Feeling kat sana memang lain sikit.. Rasa macam dekat negeri omputih yuuuu..Sejuk plak tu dan cuaca pun baik..

Haa..Tengok la betapa happynya aku masa nih..sampai pipi ternaik,mata pun tertutup..muahahaha

Seingat aku la kan, takde satu pun Game ataupun Show yang ktorang missed.. Hebat tak? Ktorang memang plan betul-betul timing based on map USS dan game/show schedule yang weolss amik sebelum start ape-ape.. RollerCoaster Blue & Red semua weolss naik..Semua game terbaik..Jenuh jugak tunang aku pujuk untuk naik RollerCoaster tu sebenarnya.. RollerCoaster dia bukan biasa-biasa tahu! Aku cuak sangat sampai nak nangis..hurmm

Tempat ni sangat sesuai kalau uolss nak enjoy main game taw..kalau nak shopping-shopping ni memang bukan tempatnya..mahal nak matik..aku dan tunang cuma bawak duit poket $300 dolar Singapore masa ni (Time tu $1 = RM2.49).. Standby je untuk makan ataupun untuk beli ole-ole buat kenangan.. (aku bawak bekal kuih-muih beli dekat makcik jual tepi jalan sebelum naik bas ke USS..JIMAT dan dijamin HALAL)

Meh aku belanja gambar weolss dekat USS sikit..

Ko dah kenape bang oi??haha

Dekat tiang besi ni pun aku buat untuk posing..muahaha

Ngantuk pulak peluk Elmo ni haa..

Perghhh..mantap la bang..

Sedikit Ole-ole buat keluarga..Yeayy

Ok uolss..sampai sini je throwback kali ini..nanti aku throwback lagi ye..Terima Kasih.. #jangankecamsaya

Saturday, 5 March 2016

Wajib Singgah ketika di Kuching


Assalamualaikum semua rakyat jelata,

Hari ini aku rindu sangat suasana di Kuching. Kuching adalah tempat kelahiran aku yang tak akan aku lupa sampai bila-bila. Selain rindukan family tercinta, aku juga rindukan makanan feveret aku yang tak hilang lagi dari tekak aku sampai sekarang ni..*tssk*.. Sejak aku berkahwin November 2014, aku telah bermastautin di Johor.. ko orang johor la sekarang ni ekkk??haaa.. Selama setahun lebih menjadi isteri, dah 5 kali encik suami bawak aku balik kampung..yeelaa kang muncung lebih susah hati pulak kan..hehe..aku bersyukur sangat..Alhamdulillah

Ok untuk entry kali ni, aku akan listkan makanan feveret aku yang korang wajib singgah ketika bercuti di Kuching, Sarawak. Kamek Sayang Kitak!!

1. Mom's Laksa


Mom's laksa ni adalah sebuah branch restaurant yang menyediakan Laksa terbaik di abad ini. tapi Kalau mak aku buat lagi terbaik la. Ni just option la untuk korang yang nak datang makan laksa sarawak. Terbaik thoqq!! Laksa Sarawak ni rupa macam kari tapi bukan kari. Jutaan jenis rempah digunakan dalam kuah yang menyelerakan tu selain santan segar perah sendiri (haa..ni tipu). Laksa sarawak simple je sebab makan dengan Bee Hoon. Bahan sampingan juga terbaik seperti Isi Ayam, Udang Fresh, Telur Dadar, Tauge, Limau Kasturi, Daun Ketumbar dan Sambal Belacan Merah.
Image from Mr. Google.. Ni haa gambar aku ambik..haihh..aku pulak yang terlebih..slurpp

 

 2. Mee Kolok Mangkuk Merah

 

Mee Kolok ni sangat famous di Kuching. Aku kira sama level la dengan Laksa Sarawak. Tapi rasa totally different. Mee kolok ni bukan pakai mee segera tu taw.. mee dia special homemade dan unique. Tapi aku suggest korang makan Mee Kolok Mangkuk Merah. Kenape Mangkuk Merah? Sebab dia serve guna mangkuk warna merah one set sekali dengan chopstick dan sudu (dulu laa..sekarang pakai sudu biasa je kot). Mee Kolok ni lain sikit dari yang lain sebab dia guna daging masak kicap instead of guna daging rebus biasa. Tapi tu la..klu ramai sangat customer tu korang kena betabah la ye..husband aku pernah tunggu sampai 1jam setengah untuk satu mangkuk mee kolok. tapi masa yang diambil untuk makan cuma 5 saat..perghhh!

Image from Mr. Google.. Haa ni la all time faveret aku.. kuantiti memang sedikit..boleh order banyak kalau nak

3. Mee Kolok Haji Salleh


Haa..ni satu lagi..Kalau korang nak makan mee kolok ori tanpa modified.. ni la tempatnya..aku tak pasti nama bangunan tapi kedai ni berdekatan dengan FlyOver Satok dan Bangunan Wisma Satok.. Tanye je orang berdekatan sure tahu punya..better pergi awal pagi la around pukul 8 kalau taknak tunggu lama sampai nak terbalikkan meja. Harga Mee Kolok sini sentiasa berubah (makin mahal for sure).. Nak rasakan originallity, haa.. tempat ni la the best..

Image from Mr. Google.. Haa.. mee kolok ni dihidangkan sekali dengan sup daging dan sambal pedas kaw kaw

4. Swee Kang Ais Kacang


Nextt.. Kami Sarawakian tak memilih tempat (Pastikan HALAL!)..Kami support each other.. Ais Kacang sini paling terbaik..Aku tak pernah lagi jumpa kat semenanjung kedai ais kacang macam ni. ke aku yang tak move on sampai sekarang? Entah laa.. korang order je ape-ape sure puas hati.. Selain Ais Kacang, Swee Kang juga agak famous dengan Umai Obor-Obor, Char Kuey, Mee Belacan, Sotong Kangkung dan Lok-Lok.. Tempat ni bukak setiap petang.. sesuai sangat untuk hi-tea uolsss.. Btw, kalau musim durian, jangan lupa order Ais Durian.. meleleh wa cakap sama lu beb..*lap ayaq lioq*

Image from Mr.Google.. ABC best!
Image from Mr.Google.. We called this WHITE LADY yoo

Image from Mr.Google.. Umai Obor-Obor terbaik dari ladang.. Krap Krup Krap.. Rangup hokeyy

 

5. Raja Ayam Penyet


Lagi satu makanan yang aku tak leh nak move on adalah Nasi Ayam Penyet ni.. Perfect sangat..!! Korang boleh search Kopi 'O' Corner kerana Raja Ayam Penyet ni terletak betul-betul belakang Kopi 'O' Corner, Satok. Muahaha.. Ampunkan beta Kopi 'O' Corner.. Ulam-ulaman freshh, sambal belacan kick, ayam goreng perfect dengan kriuk-kriuk ori, tempe, tauhu dan nasi putih yang dimasak sempurna..meh aku belanja gambar sikit..tu pun curik dari Mr.Google

Image from Mr. Google. Gambar yang indah ..Perfect!


6. Nasi Ayam Mak Entek


Yess Mak Entek nama diberi..mungkin resepi tradisi atau resepi dulu kala yang dicipta oleh Mak Entek.. Who knows kan?? teeheee.. Tapi seriously, korang takkan menyesal memilih untuk makan nasi unik ini.. Nasi ini terkenal dikalangan pelajar UNIMAS Kota Samarahan iaitu di Restaurant Warung 2000 berhadapan dengan Shopping Mall gah iaitu The Summer Mall.. Tapi tu la..korang kena tabah dan terpaksa makan hati apabila menatap muka pakcik yang menjual Nasi Ayam Mak Entek ini kerana beliau sangat mahal dengan senyuman malahan dia akan menunjukkan muka bengis tatkala kita order terlalu banyak atau kita nak sambal lebih..pergghh banyak cekadak ye awak ni Pakcik..haha..tapi tak pe.. aku sanggup demi sesuap Nasi Ayam Mak Entek ni..Sedap sangat wehhh..

Image from Mr. Google..Nasi Ayam ni sangat pelik jika kita tengok kombinasi dengan baked bean.. tapi ayam dan kelapa kuning tu sangat terbaik..Sambal pun cenggini haa..

7. Ayam Panggang Versi Kuching, Sarawak


Korang.. korang tahu tak yang aku ni peminat setia ayam panggang serta satay organ dalaman ayam yang diperap dengan rempah ratus special dan bewarna merah.. Kalau uollss nak tahu, Sarawak memang champion bab-bab membakar ni haa.. sangat sedap.. Even hubby aku sendiri cakap yang Semenanjung punya ayam bakaq takkan dapat menandingi ayam panggang di Kuching.. Seee..anak kelahiran Semenanjung sendiri buat pengakuan..bukan aku sesaje reka cerita..ape aku dapat kalau aku buat cerita??haaa.. ok baiklah ayam panggang atau satay organ ayam ni xsusah nak jumpa..banyak ja jual kat warong, festival atau kedai tepi jalan.. Tapi aku paling suka yang di jual di Teh Tarik Kafeteria yang berdekatan dengan Bangunan Marzuki. Kecur Air Liur aku tatkala menceritakan tentang makanan feveret aku ni.. Ayam Panggang ni dimasak sangat perfect, perapan cukup, rasa terbaik dan yang paling penting ianya moist.. ayam panggang ni dimakan dengan sambal homemade yang aku pun tak tahu cara nak buat..

Image from Mr. Google..Ni adalah salah satu contoh..ada banyak lagi ye..

Image from Mr. Google.. Yess yang macam satay ni memang dijual dengan harga RM1 sebatang..the best!


Baiklah uolss..ni la antara list wajib singgah sekiranya uolss datang melawat Kuching, Sarawak..banyak lagi sebenarnya tapi aku rasa ni antara yang terbaik..yang lain tu terbaik gak cuma mereka tergolong dalam kategori restaurant laa..bukan kedai biasa macam warong tu.. nanti ada masa aku up sikit untuk korang ye.. Terima Kasih