Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Friday, 11 March 2016

K-Colly bukan sekadar untuk PUTIH

Assalamualaikum si cantik jelita semua..eh?? ade abang kacak jugak laa...

Baiklah hari ni puanmaster nak story morry sikit tentang  Serbuk Collagen yang diberi nama K-Colly..Actually K-Colly keluaran negara Korea ni ada banyak produk ye uolss tapi iolss cuma pakai Colly Sweet17 only.. so, aku akan review tentang produk yang aku pakai sahaja.. buat review kena jujur ye kawan-kawan semua.. hehe

Aku start consume K-Colly ni pada bulan Disember tahun lepas..Aku ni suka makan supplement sebenarnya.. Nanti-nanti aku cerita tentang supplement yang lain ye..kali ni aku nak cerita tentang K-Colly dulu.. Sebab ianya bewarna PINK!!

Image from Mr. Google.. Ni la K- Colly Sweet 17 yang aku consume tu..sedap sangat! rasa Strawberry


Ramai yang dah sedia maklum bahawa K-Colly ni untuk memutihkan kulit tapi uolss SILAP! Silap sangat uolss..(Gedik naw PuanMaster ni..muahahaha) Sebenarnya kan, K-Colly ni banyak functions yang ramai tak tahu.. K-Colly ni all in one.. Contohnya kalau korang mengalami rambut gugur, kuku kering tidak bermaya, jerawat bersepah macam aku, tulang rapuh ataupun selalu sakit-sakit sendi tulang, uolss boleh je amik K-Colly.. Macam aku la.. Niat aku amik K-Colly ni sebab aku mengalami rambut gugur yang tahap terok hampir botak licin satu kawasan kepala.. aku sangat takut kalau rambut gugur tanpa henti ni.. Kalau sedikit aku tak kisah.. Tapi setiap kali segenggam rambut yang gugur, memang cuak beb..huhh

So, aku ikhtiar la dengan mengambil K-Colly sebab aku pernah terbaca dekat satu post facebook ni.. Tak ingat dah sape yang postkan.. Thanks sangat awak... Nak makan K-Colly ni senang je.. cuma kemam dalam mulut sebab ianya cair dalam mulut..best!! Untuk pengetahuan semua, K-Colly ni sangat MANIS! sesiapa yang ada kencing manis tu elok pergi tanya pendapat doktor dulu sebelum guna ye..dan kalau uolss tak suka rasa manis tu, boleh je bancuh dengan air masak terlebih dahulu untuk kurangkan rasa manis kat mulut.. tapi tu la..kandungan gula still sama ye uolss..xde magic2..hahaha

Mula-mula aku amik K-Colly ni macam takde perubahan pon jujur aku cakap.. (Kulit je semakin hari semakin putih) Agak terkilan sebenarnya sebab tujuan aku belum tercapai..wuwu..takpe aku tak putus asa dan aku teruskan dengan minum air masak yang banyak.. selepas hampir sebulan aku try, baru aku perasan yang rambut gugur aku mulai sembuh.. (sembuh ke perkataan sesuai??lantak la..PuanMaster redha).. dulu segenggam rambut gugur, sekarang cuma beberapa helai je sehari.. aku bersyukur sangat sebab ditemukan dengan K-Colly.. Alhamdulillah

Sekarang aku masih lagi consume K-Colly ni tapi tak kerap macam dulu.. Aku amik selang 2-3 hari je.. sebab aku rasa manis sangat K-Colly ni.. ke memang kene manis ek? aku pun tak pasti.. Ade sesape boleh tolong explain x?hurmmm

Image from Mr. Google.. Kolagen Korea No. 1 ni tahu!!

So, sekarang rambut gugur aku dah mulai OK,  kuku tangan serta kaki nampak sangat sihat dan secara kebetulan aku jarang-jarang sakit badan.. Thank you K-Colly and thanks semua yang sudi membaca entry kali ini..

Friday, 4 March 2016

Fitflop Dulu dan Selamanya

Assalamualaikum dan Alloohaaa

Hari ni puanmaster nak review sikit tentang kasut feveret yang sangat berbaloi..Alah membeli menang memakai..haaa kau..hee

Aku ni bukan la orang yang berpangkat tinggi mahupun anak datok ataupun isteri kepada Orang terkaya di Malaysia. Aku cuma la seorang wanita yang kerdil yang tidak pernah putus membuat salah yang sukakan keselesaan.. eh? baiklah aku cuma seorang isteri kepada seorang jurutera sistem yang hensem lagi sado di mata aku. Aku tengah menanam anggur kerana baru sebulan menghabiskan pelajaran di UTM Johor. Actually, aku ni seorang yang suka observe and review.. Saiko x?? hahahaha.. yess.. itu la aku.. so hari ni aku nak review tentang Comfort Shoe bejenama FITFLOP..

Image from Mr. Google.. Logo official FITFLOP


Dulu waktu baru habis belajar pada tahun 2012, aku berkenan tahap gaban dengan kasut fitflop ni sebab selalu nampak orang pakai dah ianya nampak nice di mata aku.. aku pun usha la berpuluh-puluh buah shopping complex dan akhirnya aku jumpa kasut ni di salah sebuah shopping mall di Kuching.. Baru la aku tahu yang kasut tu diberi tajuk FITFLOP (tajuk pun boleyyy).. Aku  tak berniat la nak tengok harga sebab aku rasa aku mampu.. aku baru dapat gaji pertamaku sebagai tutor. Aku pun try la kasut tu kat kakiku yang montel ini.. Perghhhh terus in love sangat..sesuai sangat dengan kaki iolss..macam xnak bukak je dan rasa nak terus g bayar kat kaunter. Tapi aku buat rilex dulu..Ambik nafas sebanyak mungkin sebab aku nak pilih design ni..banyak giler design cantik..kalau dah suka semuanya cantik kan?? ape daaa.. ok, aku pun dengan rasa gembira membelek kasut itu dan melihat harganya...

ARRRRRRGGGGGGGHHHHHHHH!!!!

Ko dah kenape mahal sangat macam ni..terus aku campak kasut kuajaq itu di tempat asalnya..terketar lutut aku tanpa henti time tu..tunggu masa nak tertanggal je.. uollsss bayangkan la harga kasut tu RM399.. Gile ape! aku tak pernah beli kasut lebih RM50 taw.. air mata aku hampir terkeluar dek kasut yang ajet-ajet mahal itu..duhhhh

Aku pun google la tentang kasut fitflop ini sambil merintih kesedihan.. Owhh rupa-rupanya FITFLOP ni kasut berkualiti tinggi..Diperbuat daripada Leather dan tapaknya pula bukan calang-calang sebab diperbuat daripada getah berkualiti yang boleh support tulang belakang..Pergh terbaikk ngat!

Aku redha kerana aku tak mampu membeli dan aku tetap menyimpan azam untuk memiliki kasut fitflop itu suatu hari nanti.. Chaiyokkk!! Disebabkan aku tak boleh nak move on, aku pun decide nak beli FITFLOP tu jgak.. apa kau rasee?? memang tak la aku beli yang ORI.. CIPLAK punya pun boleh..asalkan ada tajuk FITFLOP! Jimat banyak hokeyyy..hahahaha

Image from Google.. Ni la design FITFLOP CIPLAK yang pernah jadi milik aku suatu ketika dahulu


Tak sampai seminggu aku dah tak nak pakai FITFLOP CIPLAK tu sebab bau selipar tu dah macam kasut yang basah tak pernah kering selama seribu seratus lima puluh hari.. Bau stong quite strong!!huhh.. aku rasa membazir sangat..sebab bukan leather ori, jadi setiap kali selipar tu terkena lopak air lepas hujan, dia akan basah dan lama-lama jadi busuk yang amat..so tersadai la kasut tu dan ia digunakan untuk pergi Pasar Niaga Satok je pastu.

Setahun kemudian, selepas aku bertungkus lumus bekerja sambil berniaga kecil-kecilan, aku nekad untuk memiliki sepasang kasut FITFLOP. Aku bangga dengan diri aku sendiri sebab berjaya membeli kasut FITFLOP ORI. teeheee.. kalau tak silap aku beli FITFLOP ORI tu kat Metrojaya City One, Kuching. Selepas je membayar kat kaunter, aku terkejut kerana diberi voucher pembelian sebanyak RM120. Kira discount la ni..Alhamdulillah

Image from Mr. Google.. Ni pulak First FITFLOP ORI yang aku beli guna duit titik peluh


Tahun ni genap 4 tahun kasut ini berbakti kepadaku.. aku tak pernah beli kasut lagi selepas memiliki FITFLOP ini. Aku ke pasar, pantai, kenduri, dinner, kerja dan kemana sahaja dengan kasut FITFLOP. Sekarang, Kasut FITFLOP aku ni seperti Hidup segan, Mati Tak Mahu.. Wateverrr..Janji aku selesa dan ianya masih elok.

Alhamdulillah, sempena aku telah menghabiskan sesi pembelajaranku dengan jayanya sebulan yang lalu, Suami tercinta telah menghadiahkan sepasang kasut FITFLOP yang baru untuk aku.. aku terharu dan sangat berterima kasih kepada EncikEngineer.. hehe.. macam tak percaya..

Image from Mr. Google.. Yang ni FITFLOP hadiah daripada EncikEngineer tapi warna HITAM iolss punya

Ok semua..sampai disini saja penulisanku kali ini.. Salam Perkenalan..